topbella

Khamis, Ogos 12, 2010

kenapalah dia cintakan saya ye?

Message: Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah
tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di
sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini
dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa
abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan
sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang
dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi
abang boleh buktikan bahawa abang memang
cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak
abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-
kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan
teman lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh
terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia
berkata Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab
sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang
juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak
Sayang melangkah, di situlah cinta Abang
bersama Sayang!

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan
penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang
beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan
koma. Si suami amat bersedih dan menulis
sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di
hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai
mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika
disebabkan kasih sayang dan ingatan aku
mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku
mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku
mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau
melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya,
seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab
mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan
sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia
tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia
boleh dirasai dalam hati.

0 comments:

CoReTaN tErKiNi

get this widget here
Daisypath Anniversary tickers

Santapan Minda

Sahabat pembaca,ku kongsikan sisipan ini buat tatapan bersama sebagai pengakhir bicara.Mudah-mudahan ada hikmah yang terpancar untuk renungan kita,insyaAllah.
Kita mula berfikir,mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk di uruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan yang tak kunjung makbulnya.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta,PERCAYALAH...
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di minta pada masa yang sesuai...
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok...
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada yang menyerahkan ketentuan kepadaNya...
Berdoalah wahai semua sahabat seagamaku...
Ingatlah Allah syang kita kerna kita pejuang agamaNya.

Daisypath Friendship tickers
HaWa
Sekumtum mawar berduri Dikelopakmu tertulis lagu Ku susun madah Ku gubah indah Cantikmu tiada mewangi Warnamu sebagai penyeri Mawar berduri… Padamu ku damba rasa Tertusuk jari ku tahan jua
Lihat profil lengkap saya