topbella

Jumaat, Januari 20, 2012

Bukan aku pilih untuk derhaka


Bila mak kata dia teringat,kita jawab kita sibuk sangat….
Bila ayah kata dia rindu, kita  jawab nantilah hujung minggu…
Bila mak minta kita pulang,kita jawab kita belum lapang…
Bila ayah minta kita singgah,kita jawab kerja kita belum sudah…

Bila hati kita terguris,kita berkata…” mak memang tak pernah paham.”
Bila hati kta terhiris,kita kata…”ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi…
Bila hati mak kita guris,mak kata…”tak apa dia masih muda”
Bila hati ayah kita hiris,ayah kata…”tak mengapa,belum sampai akalnya.”

Bila kita menangis tanda lapar,mak berlari hingga bagai hilang kaki…
Bila kita merintih tanda derita,ayah bersengkang mata bagai tiada lena…

Bila kita sedih kerna gagal,mak setia membekalkan cekal…
Bila kita pilu kerna kecewa,ayah teguh berkata dia tetap bangga…

..”keredaan Allah terletak pada ibu bapa manakala kemurkaan
Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa”
[hadis riwayat At-Tarmizi]

Tiada yang lebih bahagia bagi insan yang bergelar ibu dan ayah selain berbahagia di samping anak yang di kandung dan dibesarkan.Sebagaimana kita amanah Allah SWT kepada mereka,begitulah juga mereka amanah dan tanggungjawab yang Maha Berat dari Allah buat kita.Berdoalah selalu agar arah kita kembali terpandu tatkala iblis dan syaitan galak memainkan peranan mereka hingga kita hilang pertimbangan,bahawa ibu tidak patut kita kasari dan ayah tidak sepatutnya kita lukai.
“kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah kekal selamanya.”


Aku sayang mak,aku juga sayang ayah.Biarpon hakikat itu diketahui semua orang dalam hidupku,aku masih lagi puas mengucapkannya.Bukan sedikit air mata mak yang tumpah kerna kerenah aku dan adik.Bukan sedikit keringat ayah yang meyimbah bumi untuk aku dan adikku.Anak mana tak sayang mak dan ayah.Biar sehitam manapon arang yang pernah diconteng ke wajah insan bergelar mak dan ayah itu,aku percaya jauh disudut hati si anak,merekalah Ratu, merekalah Raja.Cuma kejahilan serta kejumudan iman ,membatas kewajaran si anak bertindak sehinggakan ada kalanya melanggar batas agama dan boleh jatuh ke hukum derhaka.Wanauzubillah.Usah di ungkit kisah Si Tanggaang,jangan disebut sejarah Si Malin Kundang.Hti ini cukup gerun mambayangkan betapa aku sebagai manusia biasa tidak akan pernah terkecuali daripada cubaan dan dugaan dalam melaksanakan amanah sebagai seorang anak perempuan.Setiap kali solat tertunai,setia ku panjatkan doa buat keduanya moga mereka sentiasa dirahmati dan dilindungi Yang Maha Esa.sesungguhnya tiada siapa di dunia ini yang mampu menjaga mereka selain Allah SWT Yang Sempurna.
(DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA)

رَب ارحمهُما كما رَبيا ني صَغِيراً

“Tuhanku,rahmatilah akan kedua ibu bapaku sebagaimana
kedua-duanya telah mendidik aku di kala kecil.”

P::”maafkan aku mak dan ayah.. .Terlalu bebalkah jiwa mudaku ini hingga aku tidak bosan mengulangi doa terhadap kalian?”
Maafkan aku mak,tidak pernah mengukapkan sayang dibibirku padamu,tapi ku percaya naluri ibumu itu telah memberitahu bahawa anakmu ini sangat meyayangi dan mengasihmu mak.
Buatmu ayah..maafkan ku kerna tidak pernah mendakap tubuh kentalmu,tapi ku yakin semgatmu ayah telah khabarkan anakmu ini sangat menyayangi dan megagumimu ayah.

MAK..AYAH…TERIMA KASIH ATAS PENGORBANANMU UNTUK DIRIKU DAN JUGA ADIK..

“SAYANG SANGAT KAMU”
“RINDU KAMU SANGAT”

Khamis, Januari 19, 2012

Alhamdulillah… Subhanallah… Maha Suci Allah . AkU mulakan lembaran baru kita dengan penuh kesyukuran. Hari-hari yang berlalu meninggalkan seribu satu sejarah yanga mustahil untuk diubah.Hari akan datang pula meyimpan sejuta misteri yang mustahil untuk di rungkai sebelum waktunya.Apa yang penting,hari ini.Apakah yang bakal kita potretkan buat tatapan hati dan santapan iman yang harus diperkemaskan setiap waktu.
Terigin rasanya mencipta satu hari yang mudah dan ringkas.Itu impianku setiap malam.Mungkin kerna rutin harian ku yang terlalu padat dengan perancangan yang tidak teratur dan ada kalanya terpakasa mengorbankan waktu emas bersama mereka yang sepatutunya tidak menjadi mangsa.Namun,ringkas yang ingin ku biar bersulam barakah serta keredaan dari yang Maha Agung.Lalu ku panjatkan doa ringkas agar hariku ini bermula dengan segala sesuatu yang baik .

DOA MOHON KEBERKATAN

رَب أنِزلنِى منزلاً مباركاً وأنتَ خيرُ المنزِلِين

(“dan berdoalah : ya Tuhanku,tempatkanlah aku pada tempat yang
 diberkati dan Engkau adalah sebaik-baik yang member tempat “)

CoReTaN tErKiNi

get this widget here
Daisypath Anniversary tickers

Santapan Minda

Sahabat pembaca,ku kongsikan sisipan ini buat tatapan bersama sebagai pengakhir bicara.Mudah-mudahan ada hikmah yang terpancar untuk renungan kita,insyaAllah.
Kita mula berfikir,mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk di uruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan yang tak kunjung makbulnya.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta,PERCAYALAH...
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di minta pada masa yang sesuai...
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok...
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada yang menyerahkan ketentuan kepadaNya...
Berdoalah wahai semua sahabat seagamaku...
Ingatlah Allah syang kita kerna kita pejuang agamaNya.

Daisypath Friendship tickers
HaWa
Sekumtum mawar berduri Dikelopakmu tertulis lagu Ku susun madah Ku gubah indah Cantikmu tiada mewangi Warnamu sebagai penyeri Mawar berduri… Padamu ku damba rasa Tertusuk jari ku tahan jua
Lihat profil lengkap saya