topbella

Ahad, April 21, 2013


Nukilan buat teman sejati…wadah buat yang mengerti…

moga senyuman di bibirmu dalam gambaran yang terukir ini  sama seperti seyuman di hati mu saban hari... 






biar sejauh mana kita terpisah..biar tiada lagi berita yang dapat ku kirimkan ,,percayalah hati ini sentiasa menyayangi dan merinduimu sahabat sejatiku...aku tahu kini kau telah berjaya mengapai cita-cita dan impianmu…gembiranya hati ini melihat kejayaan mu sahabat…


 >>> senyumanmu membuat aku terpikat <<< huhuhu >>>





Maaf andai kini ku tak bisa lagi menjadi teman pendampingmu yang terbaik…tapi hati ini percaya kau telah menemui penganti itu..moga dia mampu membuat lebih terbaik dariku…
Salam sayang dan rindu dari teman silammu…


 (  wani masih anggap fishah teman terbaik wani sampai bila2.... )



 ♥ mendapat kawan baik adalah hadiah dalam hidup kita tapi bila mendapat kawan yang ingin mencari kebenaran bersama kita adalah anugerah untuk diri kita ♥

21.4.13: 12.17 am



Sabtu, April 20, 2013



MADAH UNTUK SAHABAT

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Sepi bukan beerti hilang,
Diam bukan beerti  lupa,
Jauh bukan beerti putus.
Aku punya dua mata yang tak selalu melihatmu..
Aku punya dua tangan yang tak bisa menyentuhmu..
Aku punya dua kaki yang tak selamanya bias berjalan bersamamu..
Tapi aku punya hati yang selalu MENGINGATI & MENYAYANGImu sahabatku.

Jumaat, April 19, 2013


GURU KELAS ??? Subhanallah hanya ini mampu di ungkap ku dalam hati kecil ini...pengalaman dan amanah pertama sebagai guru sudah cukup membuat ku teruja dan risau , ini pulak tanggugjawab sebagai guru kelas? tapi syukur  ALHAMDULILAH.. sabar, semangat dan pengorbanan akhirnya menghasilkan sesuatu yang menceriakan mereka utuk menuntu ilmu...
 
Anak-anak ku..ini semua untuk kamu...








Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang,
segala puji dan salam atas junjungan mulia Rasullah S.A.W.

Alhamdulillah sudah hampir 4 bulan diri ini begelar seorang pendidik,,,rupa2nya bukan mudah untuk mendidik anak2 amanah ini. Sunguh mendidik memerlukan jiwa yang kuat.
KINI... setiap detik yang ku lalui sebagai seorang pendidik begitu menguji kecekalan jiwa ini.. Di sini ku bukan saja menjadi pendidik tapi ku telah di tarbiyah  menjadi sorang yang sabar dalam melaksanakan amanah & tanggungjawab terbesar ini.
SUBHANALLAH...kini ku fahami... sunguh tabahnya  dan sabarnya guru2ku dalam mendidikku selama ini... TERIMA KASIH GURU KU...pengorbananmu yang membawa aku menganti dan merasai cekalnya hati seorang guru.








Maaf ya anak2 murid ku...cikgu marah dan rotan kamu hanya lah untuk mengajarmu...bukan niat menyakitimu...moga kamu ingat dan jadi pengajaran sehingga kamu dewasa kelak. Cikgu sayang anak2 cikgu.. <3 :="" nbsp="" p="">
INSYAALLAH ..Anak2ku...cikgu doakan kamu semua  menjadi anak yang soleh dan solehah untuk kedua ibu bapa ,masyarakat  dan agama kamu. Moga kamu dihiasi akhlak para Nabi dan sahabatnya dalam memimpin islam di dunia dan akhirat kelak. AMIN.

19/4/13 : 4.35 PM

CoReTaN tErKiNi

get this widget here
Daisypath Anniversary tickers

Santapan Minda

Sahabat pembaca,ku kongsikan sisipan ini buat tatapan bersama sebagai pengakhir bicara.Mudah-mudahan ada hikmah yang terpancar untuk renungan kita,insyaAllah.
Kita mula berfikir,mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk di uruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan yang tak kunjung makbulnya.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta,PERCAYALAH...
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di minta pada masa yang sesuai...
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok...
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada yang menyerahkan ketentuan kepadaNya...
Berdoalah wahai semua sahabat seagamaku...
Ingatlah Allah syang kita kerna kita pejuang agamaNya.

Daisypath Friendship tickers
HaWa
Sekumtum mawar berduri Dikelopakmu tertulis lagu Ku susun madah Ku gubah indah Cantikmu tiada mewangi Warnamu sebagai penyeri Mawar berduri… Padamu ku damba rasa Tertusuk jari ku tahan jua
Lihat profil lengkap saya