topbella

Rabu, September 29, 2010

kunci-kunci meraih kejayaan

Dunia ini bila suatu hari penuh dengan tawa ria
maka pada keesokannya harinya
akan penuh dengan tangisan alangkah buruknya negeri dunia ini


  • Kunci kemulian adalah taat kepada Allah s.w.t dan RasulNya.
  • Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istigfar dan ketaqwaan.
  • Kunci syurga adalah mengesakan Allah s.w.t(Tauhid).
  • Kunci iman adalah merenungkan ayay2 Allah s.w.t dan tanda2 kebesaran yang ada pada makluk-maklukNya.
  • Kunci kebaikan adalah kejujuran.
  • Kunci kehidupan hati adalah merengkan Al-Quran,berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.
  • Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik.
  • Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar.
  • Kunci kebahagian adalah takwa.
  • Kunci bertambah nikmat adalah bersyukur
  • Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.
  • Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah adalah berdoa. 
     aplikasi dari buku "jangan bersedih" jadilah wanita paling bahagia. penulisan Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarwi

buat muslimahku




 wahai srikandi mawar berduri moga dikau terus mekar harum mewangi di taman firdausi..
dikejauhan jarak yang memisahkan..hati terasa ingin menyapa .."apa khabar imanmu sahabatku.."peliharalah nyalaan imanmu dengan tahajud ,zikir,tilawatul quran..dan istigfar.moga cintaNya memberi dikau kekuatan untuk terus menongkah arus jahiliyah..moga ikatan ukhwah yang kita bina bersama sentiasa subur di bawah naunganNya.

engkau tidak akan menjadi orang yang wajar dengan bimbingan hawa nafsunya,kecuali jika engkau menjadi orang yang wajar dengan bimbingan hidupmu.

jadikanlah dirimu lebih lembut daripada tiupan angin yang sepoi-sepoi dan lebih tinggi cita-citanya di dunia daripada bintang di langit.

siapakah kita?

siapakah orang yang lebih mulia dari mereka yag tidak pernah lupa janji Allah,adalah kepastian & nikmat syurga itu adalah indah...
marilah sama2 kita berusaha menujunya,sama2lah kita menilai & mengkaji semula siapakah kita sebenarnya?dalam golongan manakah kita berada?
masih belum terlambat lagi sekiranya kita ingin kembali memilih jalan yang lurus ke arahnya...

Allah berfirma Dalam surah Al An'aam :71
maksudnya:
Katakanlah: "Apakah kita akan menyeru selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan kemanfaatan kepada kita dan tidak (pula) mendatangkan kemudharatan kepada kita dan (apakah) kita akan kembali ke belakang, sesudah Allah memberi petunjuk kepada kita, seperti orang yang telah disesatkan oleh syaitan di hutan rimba yang menakutkan; dalam keadaan bingung, dia mempunyai kawan-kawan yang memanggilnya kepada jalan yang lurus (dengan mengatakan): "Marilah ikuti kami." Katakanlah:"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya) petunjuk; dan kita disuruh agar menyerahkan diri kepada Tuhan semesta alam,


siapakah orang yang sombong?
orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin,Tuhan sekalian Alam.Maka bertasbihlah segala yang ada di langit dan bumi pada tuhannya kecuali manusia yang sombong diri.

siapakah orang yang telah mati hatinya?
orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat2 quran,hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan didalam jiwa untuk bertaubat.

siapakah orng yang dunggu kepala otaknya?
orang yang dunggu kepala otaknya ialah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi meyangka bahawa tuhan tidak akan menyeksa dengan kelalalainnya itu dan kemaksiatannya.

siapakah orang yang kuat?
orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan marahnya ketika ia dalam kemarahan.

siapakah orang yang lemah?
orang yang lemah ialah orang yang melihat kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikitpun menunjukkan kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

siapakah orang yang bakhil?
orang yang bakhil lagi kedekut ialah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasullah s.a.w.

siapakah orang yang buta?
orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan Al-Quran dan tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya.

siapakah orang tuli?
orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak di endahkan.

siapakah orang yang sibuk?
orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


siapakah orany manis senyumannya?
orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata"inna lillahi wainna illaihi rajiuun."lalu sambil berkata ,"Ya Rabbi Aku redha dgn ketentuanMu ini,"sambil mengukir senyuman.


siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.

siapakah orang yang kaya?
orang yang kaya adalah orang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara.

siapakah orang yang miskin?
orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sebaliknya sentiasa menumpuk-numpukkan hartanya.

siapakah orang yang pandai?
orang yang pandai ialah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

siapakah orang yang bodoh?
orang yang bodoh ialah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya di abaikan.

siapkah orang yang maju dalam hidupnya?
orang yang maju dalam hidupnya adalah orang2 yang sentiasa mempertingkatkan ilmu di dadanya.

siapakah orang yang mundur hidupnya?
orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

siapakah orang yang gila itu?
orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat sahaja yang memperbolehkan akan sesorang itu meninggalkan solat,1:haid.2:ketika ia tidak siuman akalnya.

siapakah orang yang rugi?
orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal soleh.

siapakah orang yang selalu di tipu?
orang yang selalu di tipu ialah orang muda yang meyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

siapakah orang yang paling cantik?
orang yang paling cantik ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal kebaikan.kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi sempit?
orang yang mepunya rumah yang sempit ialah orang yang mati yang tidak membawa amal2
kebaikan lalu kuburnya akan menghimpit.

siapakah orang yang mempunyai akal?
orang yang mempunyai akal ialah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


SETIAP INSAN DI MUKA BUMI INI TIDAK AKAN PERNAH TERLEPAS DARI MELAKUKAN KESILAPAN DALAM KEHIDUPANNYA.WALAUPUN DENGAN SEDAR ATAU TIDAK,ITULAH HAKIKAT SEORANG INSAN CIPTAAN ILAHI..
ALLAH BERFIRMAN:
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah".(AL HADIID:2)

MEREKA YANG TIDAK MENGETAHUI AKAN TAHU DAN MEREKA YANG LALAI AKAN TERSEDAR.SUNGGUH PENA YANG DI GUNAKAN UNTUK MENULIS KETENTUAN SUDAH KERING,BUKU KETETAPAN SUDAH DIANGKATKAN,SEGALA SESUATU TELAH DIPUTUSKAN DAN TAKDIR MASING2 TELAH DI TENTUKAN.

Rabu, September 15, 2010

musafirku ke negeri cinta

alkisah yang ingin ku coretkan disini adalah musafirku ke negeri cinta,
mesti semua terfikir dan tertanya2 knp ruangan ini hanya ku coretkan kisah2 cinta.Mesti juga semua pbaca tbayang cintaku thapad pasagnku…Sebenarnya aku juga tidak pernah lagi merasai cinta sejati insane tapi telah ku terokai alam itu .
Alhamdulillah…
Aku telah temui cinta teragung iatu cinta ilahi,Aku juga telah punya cinta dr junjungan nabi kita Muhammad S.A.W dan aku juga telah d anugerahi cinta ibu bapaku walau hingga kini belum ku temui cinta dr insan yang ku impikan namun bukn mjadi phalang untuk ku terus rebah menyembah bumi kerna tidak ketemunya apa itu cinta dr insan yang ku rindui..
Firman Allah:
“wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik”
(Surah An-nuur:26)
Mencintainya anugerah kpdku,menyayanginya kebahagian kpdku,merinduinya ujian untukku dan menantinya adalah kesabaranku…Indahnya cinta bila di pandang,bisanya bila dirasai,mungkin cinta yang ku punya ini tak seagung cinta Nabi Muhammad kpd Siti Aisyah,tak juga sehebat cinta Siti Zulaikha kpd Nabi Yusof.Tapi ku pasti cintaku ini dapat di kongsikn dengan insan yang juga mencintai Rasullah sebagai bukti cintanya terhadp Allah.
Ya Allah jauhilah aku jodoh dari syaitan dan hindarilah aku jodoh dari jin tapi ya Allah dekatilah aku jodoh dri mu ya Robbi kerna ku pingin baunya syurga cinta…Aminnn…..

Sabtu, September 04, 2010

Surat daripada syaitan

Hai manusia yang tersayang……
Sewaktu engkau mahu tidur,aku lihat engkau tidak memuji Allah,tidak berselawat,tidak membaca ayat kursi.Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah untuk tidur bukan untuk membaca dan mengingati apa-apa.Sesungguhnya engkau tidak membuang masa tidurmu.
Pagi ini aku melihat engkau tidak mengerjakan solat subuh.Bagus sekali!!! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang budiman.Jangan engkau susah2 bangun dan memendekan kasa tidurmu.Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman.Jangan engkau pedulikan azan subuh yang mengejutkan engkau dari tidurmu.Bila subuh menjelang,udara masih dingin ,tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.
Aku juga melihat engkau juga suka memakai pakaian yang tidak menutup aurat.Bgus sahabatku.Seharusnya engkau perlu mrngikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan.Pasti mata2 juga terpesona melihat kecantikanmu.Sesungguhnya kecantikan yang di kurniakan kepadamu hendaklah di tonjolkan kepada tontonan ramai.
Aku juga melihat engkau jarang membaca bismillah sewaktu akan makan.Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.Aku juga melihat engkau makan dengan lahapnya..Makanlah sepuas-puasnya sayangku..Inilah rezeki dari tuhanmu.
Sahabat,aku juga melihat engkau bergembira menghabiskan duit dengan bershopping,menonton wayang,dan membeli kemewahan dunia.Syabas sahabatku.Engkau telah membelanjakan rezeki yang kamu perolehi dengan jalan yang betul daripada member sedekah kepada orang lain.Duit engkau hanya untuk engkau.Tidak perlulah bersusah untuk orang lain.
Aku lihat bertemu sahabat handaimu,engpkan kau tidakl mengucapkan ASSALAMUALAIKUM tetapi engkau mengucapkan HAI…HELLO…OIT…Ini juga bagus kerana engkau seorang tidaklah Nampak kekampungan.Engkau telah mengikut tren semasa.
Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.Di akhirat nanti,engkau dan aku dapat bersama berjalan …kita berpegang tangan menuju NERAKA JAHANNAM.Bertapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sayangku.
Sahabatmu yang tercinta…
SYAITAN.

bicara hati

Kian lama terpenjara mencari makna cinta dalam ungkap kata bersulam dusta.Bila gerbang rahmat terbuka menjelma cinta suci sehalus sutera kasih terbentanglah,tersingkap kebenaran,terlerailah terbenam kepalsuan.TUHAN pada –MU ada kedamaian,di ribaan-MU kebahagian,tiada lagi kesangsian hati cinta-MU cinta tulus suci murni kasih-MU nan abadi bertautlah bertambah cinta mengharum dalam kalbu……..
Bukan ku pinta untuk jatuh cinta.Mungkin 1 ketentuan bahawa kita memang telah di jodohkan.Aku takut kehilangan teman yang aku sayang dan kehadiran kau memang tepat pada masanya.
Aku tidak pasti sebenarnya!adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?
Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain,kau dan aku bersatu!jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan hubungan iniakhirnya telah mehanyutkan kita deangan perasaan sayang anugerah TUHAN.Aku Berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar.
Tetapi,mengapa mesti berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita ?
Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan?Jadi….janganlah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu.

Sebelum kau pergi pandanglah aku di sini,Kerana mungkin terjadi kita tak bersua lagi….

Pulanglah! Kerana hanya kau yang ku rindu….

CoReTaN tErKiNi

get this widget here
Daisypath Anniversary tickers

Santapan Minda

Sahabat pembaca,ku kongsikan sisipan ini buat tatapan bersama sebagai pengakhir bicara.Mudah-mudahan ada hikmah yang terpancar untuk renungan kita,insyaAllah.
Kita mula berfikir,mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk di uruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan yang tak kunjung makbulnya.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta,PERCAYALAH...
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di minta pada masa yang sesuai...
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok...
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada yang menyerahkan ketentuan kepadaNya...
Berdoalah wahai semua sahabat seagamaku...
Ingatlah Allah syang kita kerna kita pejuang agamaNya.

Daisypath Friendship tickers
HaWa
Sekumtum mawar berduri Dikelopakmu tertulis lagu Ku susun madah Ku gubah indah Cantikmu tiada mewangi Warnamu sebagai penyeri Mawar berduri… Padamu ku damba rasa Tertusuk jari ku tahan jua
Lihat profil lengkap saya