topbella

Selasa, Disember 21, 2010

Cinta Aku Pada Si Dia


Cinta Aku Pada Si Dia
Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi

Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…


Bukankah cintaku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya

Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…


Ku Rindu MagrifahMu


Tuhan dulu ku pernah menagih simpati pada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah.
Dalam mengenang kisah hidup silam
Aku sedar dari kesilapan lalu
Luka hati yang berdarah
Kini jadi kian parah
Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka  ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi gerak dosa yang menghiris hati.
Tuhan…
Beratnya dosa2 ku
Masihkah ada ampunan buatku?
Tuhan…
Dalam menempuhi hidup ini banyak dugaan datang menguji
Ada yang dapat ku gagahi
Ada juga yang gagal ku hindari
Tuhan…
Dosaku mengunung tinggi
Tapi taubatku tak ku tepati
Tuhan…
rahmatMu mengunung tinggi
tapi terlalu sedikit aku bersyukur
ya Allah,Ya Rahmat.Ya Rahim…
mengapa sepi ku rasa?
Ku mencari suatu yang hilang
Ku kembali kepada yang ESA
DIA yang hakiki kekal abadi.
Kini…
Ku kembali padaMu
Mengharap  magfirah dariMu
Moga terampunlah dosa2ku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkashi padaMu
Kerna ku yakin
                                                              kasiMu kekal  tiada sudahnya

Jumaat, Disember 17, 2010

Tenanglah Duhai Hati…


Dimanakah engkau duhai kekasih?
Mencari & menjejak mimpi sesungguhnya amat  menyeksakan.
Kemanakah engkau menghilang?
Sedangkan saat ini engkau mungkin tahu  betapa aku amat merinduimu?
Mengapakah tiba2 menyepikan diri sekaligus melenyapkan aku dari kamar hidupmu?
Jelmalah walau hanya sekilas pandang,
Hadirlah meskipun hanya untuk sedetik waktu
Agar terlerai resah yang membelit rasaku.
Mengharap & menantikan sesuatu yang tidak pasti mungkin hanya akan menghancurkan hati sendiri,
Namun jika itu memberikan sekelumit harapan,
Apakah berdosa untuk aku terus melamakan penantiaan & memanjangkan waktu pencarian?
“……Engkau menyeksa hatiku…..
Aku menghelakan nafas panjang di hujung ungkapan yang ku baitkan bersendirian di lewat sepertiga malam..AaaHhhh…kenapa dengan aku ni?kenapa?kenapa?Ya Allah..aku seolah2 menolak takdirmu.Ya Allah..ampunkan aku.Berikan aku ketabahan hati dan ketenangan jiwa dalam menempuhi dugaan ini.Ya Allah peritnya ku rasa..deritanya makin merobek jantungku..Ya Allah.. Ya Robbi..Andainya perpisahan yang terjadi adalah suratan takdir,haruskah diri sengaja  menghindarkan realiti? sedangkan yang pasti keterasingan memaksa kaki mencari hala sendiri.Segala yang menyakitkan rasa membuatkan dendam,Parah berdarah pada luka bagaikan tersimbah cuka,Haruskah aku berdiam diri kerna ingin menghormati pendiriaannya?
Kita tidak dapat membuat semua orang menyukai kita
Tapi..kita dapat  membuat mereka tidak memiliki alasan untuk tidak menyukai kita.
Ingatlah bahawa setiap kali kita melakukan sesuatu melebihi tanggungjawab
Kita akan membuatkan seseorang berhutang kepada kita.
Dua hal yang tidak dapat dibeli dengan wang ialah kasih & persahabatan
Kedua2nya adalah kurnian Tuhan dengan tidak memiliki harga yang pasti.
17 Disember 2010;2.15 a.m


Kau pergi jua


Bila sendirian  fikiran ku buntu mengingati dirimu,
dikau tiada lagi di sisiku,hatiku sayu bertambah pilu.
Kasih… kau inpirasiku,kau mengajar ku erti kehidupan ini,
tidak akan ku lupakan nasihatmu kerna ia berguna untukku.
sering  kali  aku berdoa padaNya…agar tabah menyusuri hidup ini.
Ya Allah…berikan lah aku ketabahan,
agar dapat tempuhi dugaan yang mencabar.
Sekiranya..ku mendapat penganti,
Ku harapkan insan sepertimu kasih…
Banyak membantu dan mendorongku,
Menjadi hamba yang taat kepadaNya.
Kini… dirimu tiada lagi,
Tapi…hatiku tetap kepadamu,
Kenangan bersamamu sungguh mewangi,
Tak akan luput dari ingatanku.

Menitis air mataku hilangnya kasihmu
Dalam diam dikau ku merindu
Setiap detik ingatkan dikau
Walau dikau pergi membawa diri
Kasih sayang tidak terjangkau
Di temukan impian yang murni.
Perlukah daku ditinggalkan?
Perlukah engkau melupakanku?
Perlukah ada kesangsian?
Perlukah ada rasa rindu?
Ohh kasih…
mengertilah hatiku ini yang terluka
indahnya sewaktu kita bersama
terasa bagai di syurga
engkau sinaran cahya ilhamku
penawar kedukaanku
sehingga kini ku masih terbayang ketika bermadu cinta
tak daya ku melupakan segala kenangan cinta kita.
Setelah ku kehilangan dirimu
Seluruh hidupku kegelapan
Tanpa kasih sayang darimu
Aku tenggelam & karam di lautan
Hanya air mata menjadi temanku
Cinta suci…
Biarlah ia pergi
Demi kebahagianmu
Ku relakan dikau pergi dariku
Nantikan ku di pintu syurga.

Selasa, Disember 14, 2010

PEMILIK HATI


Mengapa mereka  selalu bertanya tentang kewujudan Tuhan?Apakah Tuhan dengan kuasa-Nya tidak mampu mengubah keadaan mengikut kehendak-Nya sendiri,dengan asas keadaan ciptaan-Nya?Jika itu suatu perkara yang mustahil bagi sifat-Nya,jadi apa maknanya MAHA?Jadi dimana letaknya keadilan?
Bertanyalah  tentang sesuatu yang tak masuk akal,maka nampaknya engkau akan menjadikan dirimu sendiri.
Pertanyaan itu sering bergolak dalam diri Ummara.Gadis betubuh kecil yang gemar berkhayal,matanya bulat seperti bulan purnama,pipinya kemerahan seperti sebiji epal akibat dari cahaya matahari yang selalu menyentuhnya.Dia sudah meneliti beratus-ratus buku untuk mencari jawapan kepada semua pertanyaan itu,tetapi hanya menambahkan kepenatan pada tubuhnya.Kepenatan yang menyelubungi dan perut yang kesakitan kerana dia tidak makan mengikut masa yang di tetapkan.
Dia tak mengerti kenapa ibu begitu rajin bersolat sementara ayah hanya jarang2 mengerjakannya.Mengapa ibu begitu yakin tentang adanya syurga,sedangkan ayah percaya pada penjelmaan semula?Apakah itu bermakna jika hidup kita malang,maka apabila dilahirkan semula hidup kita akan terus malang?
“Fatimah kenapa engkau rajin bersolat?”tanyanya  pada Fatimah pada suatu ketika
“Bersolat membuat aku tenang.”
“mimi bersolat tiga kali sehari  dan ia membuatnya tenang.”
“Alia  tidak bersolat  dan dia tenang.”
“Jadi?”
“Keyakinan yang membuatkan seseorang itu bertenang?”
“Ya        
Keyakinan!Jawapan yang paling mudah bagi pertanyaan yang sukar itu.
Kemudian Ara bersolat walaupun dia tidak berasa yakin.Dia solat seperti ibunya dan berasa tidak seyakin seperti ayahnya.Dia berfikir seperti ayahnya dan berperasaan seperti ibunya.

“Ara,ada jemputan kajian pengajian islam.”berkata kawannya sambil menghulurkan  sehelai kertas mengenai satu kajian.
Ara telah pergi untuk mendengar,menerima dan berusaha memahaminya.Akan tetapi ketika kajian itu sedang berlangsung seperti biasa dan meningkat ke peringkat seterusnya,dia tidak menghadirkan dirinya lagi sebab jiwanya telah berasa ragu.Akan tetapi Ara mampu meyakinkan dirinya  hingga dia berasa sempurna.kukuh.

“Saya tidak sanggup lagi,ustaz.”Satu suara dari belakang tabir berwarna hijau yang tinggi setengah meter.Johari menoleh kearahnya.
(Johari Tahir;Ara mengelarnya lelaki bermata redup,suaranya merdu setiasa dikenali  dan dihayati oleh barisan jemaah perempuan ketika dia mengalunkan azan.)
“Kenapa begitu ?Bukankah tugas ustaz adalah membimbingnya?”suara Johari suram namun masih terus mencatat.Dia sedang mendengar laporan dari para pengajar perempuan.Matanya tidak berganjak dari buku notanya.
“Dia terlalu mengkritik.Pertanyaannya kadangkala keterlaluan.
“Seperti?
“Hmmm  …, misalnya ketika kita menjelaskan takdir dan dia pun bertanya,”jika segala keadaan telah ditentukan oleh Allah dan telah ditulis dalam Luh Mahfuz,jadi untuk apa manusia harus berusaha?
                Johari tersenyum.Sementara para ustaz  di sebalik tabir sabar menunggu.
“Jadi …,jawapan ustaz?
“Saya tidak menjawab.Saya katakan  yang dia boleh bertanya perkara itu.”
Johari menghembuskan nafas,kesal.Tidak menjawab malah melarang.Sesungguhnya agama itu mudah.Mengapa menyulitkan keadaan dengan melarangnya bertanya?
“Kemudian, apa yang terjadi?”
“Hhhmmm …dia pun bertanya,”Apakah Fir’aun yang tubuhnya telah dijadikan mumia di Mesir juga merasakan seksa kubur?”
Johari mengeleng-ngelengkan kepalanya.
“ustaz menjawab…?”
“Ah …saya …,saya tidak dapat menjawabnya.Saya …”Suara itu hampir menangis.
“Siapa nama?”
“Saya?”
“Bukan,tapi anak baru itu.”
“Ooo …”Ada rasa sedikit kecewa .
“Siapa?”
“Ara.Ummara.”
“Cerdik. Akal mampu  mengatasinya.Bayakkan membaca.Semua pertanyaannya  mampu dijawab dengan mudah.”
“Jadi  ….,cepat !kalau ustaz tidak sanggup,saya mintak tolong dari ustazah nanti!Sasaran kita Cuma dia sajakan?Masih ada beberapa  orang lain sepertinya tapi kelihatannya dialah yang paling liar.Kita benar2 memerlukannya.Sebentar  lagi ada  undangan ke dewan besar untuk pembentukan Pengajian Islam.Kita perlukan wakil yang lantang dan cerdik.”
“Aturkan starategi, Ara …pembimbingnya harus diganti.Berikan pada yang lebih senior.Itukan,ada Puan Nana!pernah dulu Ara ada  bertanya tentang hal berkaitan akidah yang tak mampu dijawab.”Johari kelihatan cemas.
“Bagaimana kalu kamu saja Joe?”
“Apaaa?”
“Jadi pembimbingnya.”
Innalillahi …,tak salah pun.”
Mereka ketawa bersama.
Johari bangun dari tempat duduknya,melangkah pergi dan menghembuskan nafas yang tertahan di dadanya tadi.
Mengapa hanya segelintir yang secerdik Rabi’ah Al-Adawiyah?Bisik Johari dalam hatinya.Boleh jadi,mereka telah dikongkong oleh budaya dan tradisi.Islam tidak pernah membezakan jantina  dalam soal pembelajaran,malah para ukhwat  Mukminah di Madinah  adalah dari sekumpulan wanita cerdik yang berani menuntut haknya untuk belajar terus dari Rasulullah S.A.W.Ada yang begitu kuat sehingga meyangkal sepenuhnya pemikiran para feminis bahawa islam itu menindas.Akan tetapi,tradisi memang liat,meracuni pemikiran seperti karat pada besi,mula-mula kecil kemudian membesar dan merebak,terutama bagi orang2 yang jahil.Bagi mereka yang tunduk pada hawa nafsu mereka.

Ara belajar untuk menerima.Juga pada penjelasan para pembimbingnya yang baik hati.Ara belajar tentang agama.Maka,hari2 pun berlalu pergi.Ada perubahan kecil dalam dirinya.
Ara mengumpul  dan membaca banyak buku untuk mencari sesuatu yang  yang ingin diketahuinya mengenai kematian,kehidupan dan tanggungjawab.Malah dia berjumpa kakak-kakak bertudung yang menanti membimbingnya.Dia meminta mereka mengajarnya “a-ba-ta” sebab ternyata dia menemui Tuhan dari huruf-hurufnya.Dia menemui tempat dimana jiwanya tidak terumbang-ambing.Kini,dia memiliki kegemaran baru,menikmati titis air wuduk.
Ummara telah banyak berubah.Dia tidak lagi liar seperti dahulu tetapi lebih bijak.Dalam banyak2 perbincangan yang didengarinya,Ummara lebih banyak memimpin manakala kawan2nya hanya mendengar sahaja.Kini,pakaian yang menjadi pelindung dirinya juga telah menonjolkan ciri2 wanita muslimah yang disayriatkan.Tudung labuh menjadi pelindung dirinya.
Kerana  jemu membekukan hatinya pada titik yang paling dalam,dia akan terpersona pada hadis-hadis yang   terukir  pada masjid di kampusnya.Mengeringkan air matanya agar sesuatu yang masih beku itu mencair,agar kepenatan itu bertukar ghairah.Dia tidak lagi berkeinginan mendapatkan perhatian  lelaki bermata redup itu kerana dia belajar bahawa perkara yang terlampau mengutamakan keinginan itu tidak selalu memberi  ketenangan.Kerana itulah,dia memilih sehelai telekung untuk meredakan jiwanya yang bergelora,dia ingin berdamai dengan hati nuraninya.Dia kembali kepada pemilik hatinya dalam  sujud cintanya.
Sesungguhnya Allah  S.W.T  ITU Maha pengampun lagi Maha mengasihani.Duhai pemilik hati…KASIHMu tak pernah bertepi, RAHMATMu mengunung  tinggi….bila kegirangan  singgah di hati,kesepian berlalu pergi.


14 Disember 2010 ; 3.30 a.m

Selasa, Disember 07, 2010

Aku,DIA ,kamu

Aku berjanji setia dengannya sejak fitrahku tapi belum sempat aku benar2 memahaminya ,kamu pula mengetuk kamar hatiku.sejak itu,bermulanya dilemaku antara DIA & kamu.telah ku sematkan janjinya di jiwa.taat setiaku ingin menujunya.namun tiba di pertengahan aku bertemu kamu,kamu juga berjanji denganku bahawa aku adalah satu dalam hatimu dan kamu adalah milikku,dan DIA adalah teman kita.aku hanyut dalam janjimu,aku terlena dalam setiamu,aku diulit mimpi indah belaianmu.telah ku abai  janji utama yang telah ku menterai pada yang azali,pada yang SATU. suatu ketika dahulu ku sangka kasih sayangmu selamanya abadi hingga ku lalai dengan janji AR-RAHMAN.kerna tutur manis katamu,aku percaya bahawa kamu cinta sejatiku,kerna tutur budimu,aku pasrah bahawa kamu dianugerahkan untukku.TAPI………sampai satu ketika  kamu  berkata  bahawa jodoh, pertemuaan dan perpisahan itu ditentukanNya…membuatkan aku sedar bahawa tak semua yang kita impikan akan menjadi milik kita dan tak semua yang kita bayangkan akan menjadi reality. Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah,semalam sudah sampai ke penghujungnya,kisah seribu duka ku harap sudah berlalu,tak ingin lagi ku ulangi kembali gerak dosa yang menghiris hati,TUHAN….dosaku menggunung tinggi tapi rahmatmu melangit luas,harga selautan syukurku hanyalah setitis rahmatmu di bumi,TUHAN..walau taubat sering ku ukir namun pengampunanmu tak pernah bertepi,bila selangkah ku rapat padamu,seribu langkah kau rapat padaku.kini…aku kembali menyambung perjalananku untuk mencari redhanya DIA.dan kamu tetap abadi dalam jiwaku.ku jadikan DIA pelindung dan penolong hayatku..dan kamu…ku jadikan pendoman dalam setiap langkahku menuju redhaNya.
Selangkah ke alam perjuangan beerti selamanya dalam kepahitan.biarlah menangis,terluka,kecewa kerna di tinggalkan kerna ALLAH dari mati tanpa mujahidah.kita tak sanggup selamanya terluka tapi ingatlah!setiap titisan darah dari luka dan air mata itulah mahar kita ke syurga.bila ditanya”kenapa berjuang itu pahit?”jawabnya”kerna syurga itu manis”moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan di jalanNya.

CoReTaN tErKiNi

get this widget here
Daisypath Anniversary tickers

Santapan Minda

Sahabat pembaca,ku kongsikan sisipan ini buat tatapan bersama sebagai pengakhir bicara.Mudah-mudahan ada hikmah yang terpancar untuk renungan kita,insyaAllah.
Kita mula berfikir,mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk di uruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan yang tak kunjung makbulnya.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta,PERCAYALAH...
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di minta pada masa yang sesuai...
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok...
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada yang menyerahkan ketentuan kepadaNya...
Berdoalah wahai semua sahabat seagamaku...
Ingatlah Allah syang kita kerna kita pejuang agamaNya.

Daisypath Friendship tickers
HaWa
Sekumtum mawar berduri Dikelopakmu tertulis lagu Ku susun madah Ku gubah indah Cantikmu tiada mewangi Warnamu sebagai penyeri Mawar berduri… Padamu ku damba rasa Tertusuk jari ku tahan jua
Lihat profil lengkap saya