topbella

Selasa, Disember 21, 2010

Cinta Aku Pada Si Dia


Cinta Aku Pada Si Dia
Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi

Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…


Bukankah cintaku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya

Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…


Ku Rindu MagrifahMu


Tuhan dulu ku pernah menagih simpati pada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah.
Dalam mengenang kisah hidup silam
Aku sedar dari kesilapan lalu
Luka hati yang berdarah
Kini jadi kian parah
Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka  ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi gerak dosa yang menghiris hati.
Tuhan…
Beratnya dosa2 ku
Masihkah ada ampunan buatku?
Tuhan…
Dalam menempuhi hidup ini banyak dugaan datang menguji
Ada yang dapat ku gagahi
Ada juga yang gagal ku hindari
Tuhan…
Dosaku mengunung tinggi
Tapi taubatku tak ku tepati
Tuhan…
rahmatMu mengunung tinggi
tapi terlalu sedikit aku bersyukur
ya Allah,Ya Rahmat.Ya Rahim…
mengapa sepi ku rasa?
Ku mencari suatu yang hilang
Ku kembali kepada yang ESA
DIA yang hakiki kekal abadi.
Kini…
Ku kembali padaMu
Mengharap  magfirah dariMu
Moga terampunlah dosa2ku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkashi padaMu
Kerna ku yakin
                                                              kasiMu kekal  tiada sudahnya

Jumaat, Disember 17, 2010

Tenanglah Duhai Hati…


Dimanakah engkau duhai kekasih?
Mencari & menjejak mimpi sesungguhnya amat  menyeksakan.
Kemanakah engkau menghilang?
Sedangkan saat ini engkau mungkin tahu  betapa aku amat merinduimu?
Mengapakah tiba2 menyepikan diri sekaligus melenyapkan aku dari kamar hidupmu?
Jelmalah walau hanya sekilas pandang,
Hadirlah meskipun hanya untuk sedetik waktu
Agar terlerai resah yang membelit rasaku.
Mengharap & menantikan sesuatu yang tidak pasti mungkin hanya akan menghancurkan hati sendiri,
Namun jika itu memberikan sekelumit harapan,
Apakah berdosa untuk aku terus melamakan penantiaan & memanjangkan waktu pencarian?
“……Engkau menyeksa hatiku…..
Aku menghelakan nafas panjang di hujung ungkapan yang ku baitkan bersendirian di lewat sepertiga malam..AaaHhhh…kenapa dengan aku ni?kenapa?kenapa?Ya Allah..aku seolah2 menolak takdirmu.Ya Allah..ampunkan aku.Berikan aku ketabahan hati dan ketenangan jiwa dalam menempuhi dugaan ini.Ya Allah peritnya ku rasa..deritanya makin merobek jantungku..Ya Allah.. Ya Robbi..Andainya perpisahan yang terjadi adalah suratan takdir,haruskah diri sengaja  menghindarkan realiti? sedangkan yang pasti keterasingan memaksa kaki mencari hala sendiri.Segala yang menyakitkan rasa membuatkan dendam,Parah berdarah pada luka bagaikan tersimbah cuka,Haruskah aku berdiam diri kerna ingin menghormati pendiriaannya?
Kita tidak dapat membuat semua orang menyukai kita
Tapi..kita dapat  membuat mereka tidak memiliki alasan untuk tidak menyukai kita.
Ingatlah bahawa setiap kali kita melakukan sesuatu melebihi tanggungjawab
Kita akan membuatkan seseorang berhutang kepada kita.
Dua hal yang tidak dapat dibeli dengan wang ialah kasih & persahabatan
Kedua2nya adalah kurnian Tuhan dengan tidak memiliki harga yang pasti.
17 Disember 2010;2.15 a.m


Kau pergi jua


Bila sendirian  fikiran ku buntu mengingati dirimu,
dikau tiada lagi di sisiku,hatiku sayu bertambah pilu.
Kasih… kau inpirasiku,kau mengajar ku erti kehidupan ini,
tidak akan ku lupakan nasihatmu kerna ia berguna untukku.
sering  kali  aku berdoa padaNya…agar tabah menyusuri hidup ini.
Ya Allah…berikan lah aku ketabahan,
agar dapat tempuhi dugaan yang mencabar.
Sekiranya..ku mendapat penganti,
Ku harapkan insan sepertimu kasih…
Banyak membantu dan mendorongku,
Menjadi hamba yang taat kepadaNya.
Kini… dirimu tiada lagi,
Tapi…hatiku tetap kepadamu,
Kenangan bersamamu sungguh mewangi,
Tak akan luput dari ingatanku.

Menitis air mataku hilangnya kasihmu
Dalam diam dikau ku merindu
Setiap detik ingatkan dikau
Walau dikau pergi membawa diri
Kasih sayang tidak terjangkau
Di temukan impian yang murni.
Perlukah daku ditinggalkan?
Perlukah engkau melupakanku?
Perlukah ada kesangsian?
Perlukah ada rasa rindu?
Ohh kasih…
mengertilah hatiku ini yang terluka
indahnya sewaktu kita bersama
terasa bagai di syurga
engkau sinaran cahya ilhamku
penawar kedukaanku
sehingga kini ku masih terbayang ketika bermadu cinta
tak daya ku melupakan segala kenangan cinta kita.
Setelah ku kehilangan dirimu
Seluruh hidupku kegelapan
Tanpa kasih sayang darimu
Aku tenggelam & karam di lautan
Hanya air mata menjadi temanku
Cinta suci…
Biarlah ia pergi
Demi kebahagianmu
Ku relakan dikau pergi dariku
Nantikan ku di pintu syurga.

Selasa, Disember 14, 2010

PEMILIK HATI


Mengapa mereka  selalu bertanya tentang kewujudan Tuhan?Apakah Tuhan dengan kuasa-Nya tidak mampu mengubah keadaan mengikut kehendak-Nya sendiri,dengan asas keadaan ciptaan-Nya?Jika itu suatu perkara yang mustahil bagi sifat-Nya,jadi apa maknanya MAHA?Jadi dimana letaknya keadilan?
Bertanyalah  tentang sesuatu yang tak masuk akal,maka nampaknya engkau akan menjadikan dirimu sendiri.
Pertanyaan itu sering bergolak dalam diri Ummara.Gadis betubuh kecil yang gemar berkhayal,matanya bulat seperti bulan purnama,pipinya kemerahan seperti sebiji epal akibat dari cahaya matahari yang selalu menyentuhnya.Dia sudah meneliti beratus-ratus buku untuk mencari jawapan kepada semua pertanyaan itu,tetapi hanya menambahkan kepenatan pada tubuhnya.Kepenatan yang menyelubungi dan perut yang kesakitan kerana dia tidak makan mengikut masa yang di tetapkan.
Dia tak mengerti kenapa ibu begitu rajin bersolat sementara ayah hanya jarang2 mengerjakannya.Mengapa ibu begitu yakin tentang adanya syurga,sedangkan ayah percaya pada penjelmaan semula?Apakah itu bermakna jika hidup kita malang,maka apabila dilahirkan semula hidup kita akan terus malang?
“Fatimah kenapa engkau rajin bersolat?”tanyanya  pada Fatimah pada suatu ketika
“Bersolat membuat aku tenang.”
“mimi bersolat tiga kali sehari  dan ia membuatnya tenang.”
“Alia  tidak bersolat  dan dia tenang.”
“Jadi?”
“Keyakinan yang membuatkan seseorang itu bertenang?”
“Ya        
Keyakinan!Jawapan yang paling mudah bagi pertanyaan yang sukar itu.
Kemudian Ara bersolat walaupun dia tidak berasa yakin.Dia solat seperti ibunya dan berasa tidak seyakin seperti ayahnya.Dia berfikir seperti ayahnya dan berperasaan seperti ibunya.

“Ara,ada jemputan kajian pengajian islam.”berkata kawannya sambil menghulurkan  sehelai kertas mengenai satu kajian.
Ara telah pergi untuk mendengar,menerima dan berusaha memahaminya.Akan tetapi ketika kajian itu sedang berlangsung seperti biasa dan meningkat ke peringkat seterusnya,dia tidak menghadirkan dirinya lagi sebab jiwanya telah berasa ragu.Akan tetapi Ara mampu meyakinkan dirinya  hingga dia berasa sempurna.kukuh.

“Saya tidak sanggup lagi,ustaz.”Satu suara dari belakang tabir berwarna hijau yang tinggi setengah meter.Johari menoleh kearahnya.
(Johari Tahir;Ara mengelarnya lelaki bermata redup,suaranya merdu setiasa dikenali  dan dihayati oleh barisan jemaah perempuan ketika dia mengalunkan azan.)
“Kenapa begitu ?Bukankah tugas ustaz adalah membimbingnya?”suara Johari suram namun masih terus mencatat.Dia sedang mendengar laporan dari para pengajar perempuan.Matanya tidak berganjak dari buku notanya.
“Dia terlalu mengkritik.Pertanyaannya kadangkala keterlaluan.
“Seperti?
“Hmmm  …, misalnya ketika kita menjelaskan takdir dan dia pun bertanya,”jika segala keadaan telah ditentukan oleh Allah dan telah ditulis dalam Luh Mahfuz,jadi untuk apa manusia harus berusaha?
                Johari tersenyum.Sementara para ustaz  di sebalik tabir sabar menunggu.
“Jadi …,jawapan ustaz?
“Saya tidak menjawab.Saya katakan  yang dia boleh bertanya perkara itu.”
Johari menghembuskan nafas,kesal.Tidak menjawab malah melarang.Sesungguhnya agama itu mudah.Mengapa menyulitkan keadaan dengan melarangnya bertanya?
“Kemudian, apa yang terjadi?”
“Hhhmmm …dia pun bertanya,”Apakah Fir’aun yang tubuhnya telah dijadikan mumia di Mesir juga merasakan seksa kubur?”
Johari mengeleng-ngelengkan kepalanya.
“ustaz menjawab…?”
“Ah …saya …,saya tidak dapat menjawabnya.Saya …”Suara itu hampir menangis.
“Siapa nama?”
“Saya?”
“Bukan,tapi anak baru itu.”
“Ooo …”Ada rasa sedikit kecewa .
“Siapa?”
“Ara.Ummara.”
“Cerdik. Akal mampu  mengatasinya.Bayakkan membaca.Semua pertanyaannya  mampu dijawab dengan mudah.”
“Jadi  ….,cepat !kalau ustaz tidak sanggup,saya mintak tolong dari ustazah nanti!Sasaran kita Cuma dia sajakan?Masih ada beberapa  orang lain sepertinya tapi kelihatannya dialah yang paling liar.Kita benar2 memerlukannya.Sebentar  lagi ada  undangan ke dewan besar untuk pembentukan Pengajian Islam.Kita perlukan wakil yang lantang dan cerdik.”
“Aturkan starategi, Ara …pembimbingnya harus diganti.Berikan pada yang lebih senior.Itukan,ada Puan Nana!pernah dulu Ara ada  bertanya tentang hal berkaitan akidah yang tak mampu dijawab.”Johari kelihatan cemas.
“Bagaimana kalu kamu saja Joe?”
“Apaaa?”
“Jadi pembimbingnya.”
Innalillahi …,tak salah pun.”
Mereka ketawa bersama.
Johari bangun dari tempat duduknya,melangkah pergi dan menghembuskan nafas yang tertahan di dadanya tadi.
Mengapa hanya segelintir yang secerdik Rabi’ah Al-Adawiyah?Bisik Johari dalam hatinya.Boleh jadi,mereka telah dikongkong oleh budaya dan tradisi.Islam tidak pernah membezakan jantina  dalam soal pembelajaran,malah para ukhwat  Mukminah di Madinah  adalah dari sekumpulan wanita cerdik yang berani menuntut haknya untuk belajar terus dari Rasulullah S.A.W.Ada yang begitu kuat sehingga meyangkal sepenuhnya pemikiran para feminis bahawa islam itu menindas.Akan tetapi,tradisi memang liat,meracuni pemikiran seperti karat pada besi,mula-mula kecil kemudian membesar dan merebak,terutama bagi orang2 yang jahil.Bagi mereka yang tunduk pada hawa nafsu mereka.

Ara belajar untuk menerima.Juga pada penjelasan para pembimbingnya yang baik hati.Ara belajar tentang agama.Maka,hari2 pun berlalu pergi.Ada perubahan kecil dalam dirinya.
Ara mengumpul  dan membaca banyak buku untuk mencari sesuatu yang  yang ingin diketahuinya mengenai kematian,kehidupan dan tanggungjawab.Malah dia berjumpa kakak-kakak bertudung yang menanti membimbingnya.Dia meminta mereka mengajarnya “a-ba-ta” sebab ternyata dia menemui Tuhan dari huruf-hurufnya.Dia menemui tempat dimana jiwanya tidak terumbang-ambing.Kini,dia memiliki kegemaran baru,menikmati titis air wuduk.
Ummara telah banyak berubah.Dia tidak lagi liar seperti dahulu tetapi lebih bijak.Dalam banyak2 perbincangan yang didengarinya,Ummara lebih banyak memimpin manakala kawan2nya hanya mendengar sahaja.Kini,pakaian yang menjadi pelindung dirinya juga telah menonjolkan ciri2 wanita muslimah yang disayriatkan.Tudung labuh menjadi pelindung dirinya.
Kerana  jemu membekukan hatinya pada titik yang paling dalam,dia akan terpersona pada hadis-hadis yang   terukir  pada masjid di kampusnya.Mengeringkan air matanya agar sesuatu yang masih beku itu mencair,agar kepenatan itu bertukar ghairah.Dia tidak lagi berkeinginan mendapatkan perhatian  lelaki bermata redup itu kerana dia belajar bahawa perkara yang terlampau mengutamakan keinginan itu tidak selalu memberi  ketenangan.Kerana itulah,dia memilih sehelai telekung untuk meredakan jiwanya yang bergelora,dia ingin berdamai dengan hati nuraninya.Dia kembali kepada pemilik hatinya dalam  sujud cintanya.
Sesungguhnya Allah  S.W.T  ITU Maha pengampun lagi Maha mengasihani.Duhai pemilik hati…KASIHMu tak pernah bertepi, RAHMATMu mengunung  tinggi….bila kegirangan  singgah di hati,kesepian berlalu pergi.


14 Disember 2010 ; 3.30 a.m

Selasa, Disember 07, 2010

Aku,DIA ,kamu

Aku berjanji setia dengannya sejak fitrahku tapi belum sempat aku benar2 memahaminya ,kamu pula mengetuk kamar hatiku.sejak itu,bermulanya dilemaku antara DIA & kamu.telah ku sematkan janjinya di jiwa.taat setiaku ingin menujunya.namun tiba di pertengahan aku bertemu kamu,kamu juga berjanji denganku bahawa aku adalah satu dalam hatimu dan kamu adalah milikku,dan DIA adalah teman kita.aku hanyut dalam janjimu,aku terlena dalam setiamu,aku diulit mimpi indah belaianmu.telah ku abai  janji utama yang telah ku menterai pada yang azali,pada yang SATU. suatu ketika dahulu ku sangka kasih sayangmu selamanya abadi hingga ku lalai dengan janji AR-RAHMAN.kerna tutur manis katamu,aku percaya bahawa kamu cinta sejatiku,kerna tutur budimu,aku pasrah bahawa kamu dianugerahkan untukku.TAPI………sampai satu ketika  kamu  berkata  bahawa jodoh, pertemuaan dan perpisahan itu ditentukanNya…membuatkan aku sedar bahawa tak semua yang kita impikan akan menjadi milik kita dan tak semua yang kita bayangkan akan menjadi reality. Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah,semalam sudah sampai ke penghujungnya,kisah seribu duka ku harap sudah berlalu,tak ingin lagi ku ulangi kembali gerak dosa yang menghiris hati,TUHAN….dosaku menggunung tinggi tapi rahmatmu melangit luas,harga selautan syukurku hanyalah setitis rahmatmu di bumi,TUHAN..walau taubat sering ku ukir namun pengampunanmu tak pernah bertepi,bila selangkah ku rapat padamu,seribu langkah kau rapat padaku.kini…aku kembali menyambung perjalananku untuk mencari redhanya DIA.dan kamu tetap abadi dalam jiwaku.ku jadikan DIA pelindung dan penolong hayatku..dan kamu…ku jadikan pendoman dalam setiap langkahku menuju redhaNya.
Selangkah ke alam perjuangan beerti selamanya dalam kepahitan.biarlah menangis,terluka,kecewa kerna di tinggalkan kerna ALLAH dari mati tanpa mujahidah.kita tak sanggup selamanya terluka tapi ingatlah!setiap titisan darah dari luka dan air mata itulah mahar kita ke syurga.bila ditanya”kenapa berjuang itu pahit?”jawabnya”kerna syurga itu manis”moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan di jalanNya.

Khamis, November 11, 2010

ukhwah itu indah

Aku termenung sendiri,berfikir dan berfikir,
aku tertanya...persahabatan itu apa ertinya??
sedalam mana ketulusannya??
seindah mana kemesraanya??
dan sejujur manakah persahabatan itu??
puas ku mencari..namun..
masih belum menampakkan hasil,ku cuba selam menerangi ruang sekelilingku,
lantas ku kembali menghirup udara pagi..segar,nyaman dan damai,
apa yang ku cari telah ku temui,
biarlah diri ini sendiri merentas lautan hitam
tanpa rumah cahaya sebagai sinar sebuah persahabatan yang tulus dan ikhlas.


 clik photo>>

Sabtu, Oktober 02, 2010

kasihnya ku hargai,cintanya ku hormati

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~…
-AnDin,Jordan-"
***********

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa AnDin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.

Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si AnDin Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, AnDin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" AnDin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."

"Hmm.." AnDin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" AnDin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" AnDin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas AnDin terbang pulang semula ke Jordan untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.


'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor AnDin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.Tq..." balasnya pula.

Keesokannya, aku menanti awal dia online.

'Tuk. Tuk. Tuk..' AnDin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...

AnDin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

AnDin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?

AnDin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...

AnDin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

AnDin: hurm...

AnDin: study macam mana?

Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.

AnDin: oic...

AnDin: takpe, study rajin2 ye..

AnDin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

AnDin: hurm…

Wani: apa dia? tanya la… sila2..

AnDin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan je la…

AnDin: hurm…

…..

Wani: erh, tak betul ke?

AnDin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

AnDin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

AnDin: sbb……

AnDin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…

AnDin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

AnDin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…

AnDin: huh…

AnDin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

AnDin: kononya Islamik…

AnDin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…

AnDin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..

AnDin: hurm…..

AnDin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

AnDin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

AnDin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…

AnDin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

AnDin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh AnDin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

Rabu, September 29, 2010

kunci-kunci meraih kejayaan

Dunia ini bila suatu hari penuh dengan tawa ria
maka pada keesokannya harinya
akan penuh dengan tangisan alangkah buruknya negeri dunia ini


  • Kunci kemulian adalah taat kepada Allah s.w.t dan RasulNya.
  • Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istigfar dan ketaqwaan.
  • Kunci syurga adalah mengesakan Allah s.w.t(Tauhid).
  • Kunci iman adalah merenungkan ayay2 Allah s.w.t dan tanda2 kebesaran yang ada pada makluk-maklukNya.
  • Kunci kebaikan adalah kejujuran.
  • Kunci kehidupan hati adalah merengkan Al-Quran,berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.
  • Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik.
  • Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar.
  • Kunci kebahagian adalah takwa.
  • Kunci bertambah nikmat adalah bersyukur
  • Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.
  • Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah adalah berdoa. 
     aplikasi dari buku "jangan bersedih" jadilah wanita paling bahagia. penulisan Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarwi

buat muslimahku




 wahai srikandi mawar berduri moga dikau terus mekar harum mewangi di taman firdausi..
dikejauhan jarak yang memisahkan..hati terasa ingin menyapa .."apa khabar imanmu sahabatku.."peliharalah nyalaan imanmu dengan tahajud ,zikir,tilawatul quran..dan istigfar.moga cintaNya memberi dikau kekuatan untuk terus menongkah arus jahiliyah..moga ikatan ukhwah yang kita bina bersama sentiasa subur di bawah naunganNya.

engkau tidak akan menjadi orang yang wajar dengan bimbingan hawa nafsunya,kecuali jika engkau menjadi orang yang wajar dengan bimbingan hidupmu.

jadikanlah dirimu lebih lembut daripada tiupan angin yang sepoi-sepoi dan lebih tinggi cita-citanya di dunia daripada bintang di langit.

siapakah kita?

siapakah orang yang lebih mulia dari mereka yag tidak pernah lupa janji Allah,adalah kepastian & nikmat syurga itu adalah indah...
marilah sama2 kita berusaha menujunya,sama2lah kita menilai & mengkaji semula siapakah kita sebenarnya?dalam golongan manakah kita berada?
masih belum terlambat lagi sekiranya kita ingin kembali memilih jalan yang lurus ke arahnya...

Allah berfirma Dalam surah Al An'aam :71
maksudnya:
Katakanlah: "Apakah kita akan menyeru selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan kemanfaatan kepada kita dan tidak (pula) mendatangkan kemudharatan kepada kita dan (apakah) kita akan kembali ke belakang, sesudah Allah memberi petunjuk kepada kita, seperti orang yang telah disesatkan oleh syaitan di hutan rimba yang menakutkan; dalam keadaan bingung, dia mempunyai kawan-kawan yang memanggilnya kepada jalan yang lurus (dengan mengatakan): "Marilah ikuti kami." Katakanlah:"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya) petunjuk; dan kita disuruh agar menyerahkan diri kepada Tuhan semesta alam,


siapakah orang yang sombong?
orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin,Tuhan sekalian Alam.Maka bertasbihlah segala yang ada di langit dan bumi pada tuhannya kecuali manusia yang sombong diri.

siapakah orang yang telah mati hatinya?
orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat2 quran,hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan didalam jiwa untuk bertaubat.

siapakah orng yang dunggu kepala otaknya?
orang yang dunggu kepala otaknya ialah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi meyangka bahawa tuhan tidak akan menyeksa dengan kelalalainnya itu dan kemaksiatannya.

siapakah orang yang kuat?
orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan marahnya ketika ia dalam kemarahan.

siapakah orang yang lemah?
orang yang lemah ialah orang yang melihat kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikitpun menunjukkan kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

siapakah orang yang bakhil?
orang yang bakhil lagi kedekut ialah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasullah s.a.w.

siapakah orang yang buta?
orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan Al-Quran dan tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya.

siapakah orang tuli?
orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak di endahkan.

siapakah orang yang sibuk?
orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


siapakah orany manis senyumannya?
orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata"inna lillahi wainna illaihi rajiuun."lalu sambil berkata ,"Ya Rabbi Aku redha dgn ketentuanMu ini,"sambil mengukir senyuman.


siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.

siapakah orang yang kaya?
orang yang kaya adalah orang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara.

siapakah orang yang miskin?
orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sebaliknya sentiasa menumpuk-numpukkan hartanya.

siapakah orang yang pandai?
orang yang pandai ialah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

siapakah orang yang bodoh?
orang yang bodoh ialah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya di abaikan.

siapkah orang yang maju dalam hidupnya?
orang yang maju dalam hidupnya adalah orang2 yang sentiasa mempertingkatkan ilmu di dadanya.

siapakah orang yang mundur hidupnya?
orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

siapakah orang yang gila itu?
orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat sahaja yang memperbolehkan akan sesorang itu meninggalkan solat,1:haid.2:ketika ia tidak siuman akalnya.

siapakah orang yang rugi?
orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal soleh.

siapakah orang yang selalu di tipu?
orang yang selalu di tipu ialah orang muda yang meyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

siapakah orang yang paling cantik?
orang yang paling cantik ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal kebaikan.kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi sempit?
orang yang mepunya rumah yang sempit ialah orang yang mati yang tidak membawa amal2
kebaikan lalu kuburnya akan menghimpit.

siapakah orang yang mempunyai akal?
orang yang mempunyai akal ialah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


SETIAP INSAN DI MUKA BUMI INI TIDAK AKAN PERNAH TERLEPAS DARI MELAKUKAN KESILAPAN DALAM KEHIDUPANNYA.WALAUPUN DENGAN SEDAR ATAU TIDAK,ITULAH HAKIKAT SEORANG INSAN CIPTAAN ILAHI..
ALLAH BERFIRMAN:
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah".(AL HADIID:2)

MEREKA YANG TIDAK MENGETAHUI AKAN TAHU DAN MEREKA YANG LALAI AKAN TERSEDAR.SUNGGUH PENA YANG DI GUNAKAN UNTUK MENULIS KETENTUAN SUDAH KERING,BUKU KETETAPAN SUDAH DIANGKATKAN,SEGALA SESUATU TELAH DIPUTUSKAN DAN TAKDIR MASING2 TELAH DI TENTUKAN.

CoReTaN tErKiNi

get this widget here
Daisypath Anniversary tickers

Santapan Minda

Sahabat pembaca,ku kongsikan sisipan ini buat tatapan bersama sebagai pengakhir bicara.Mudah-mudahan ada hikmah yang terpancar untuk renungan kita,insyaAllah.
Kita mula berfikir,mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk di uruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan yang tak kunjung makbulnya.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta,PERCAYALAH...
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di minta pada masa yang sesuai...
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok...
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada yang menyerahkan ketentuan kepadaNya...
Berdoalah wahai semua sahabat seagamaku...
Ingatlah Allah syang kita kerna kita pejuang agamaNya.

Daisypath Friendship tickers
HaWa
Sekumtum mawar berduri Dikelopakmu tertulis lagu Ku susun madah Ku gubah indah Cantikmu tiada mewangi Warnamu sebagai penyeri Mawar berduri… Padamu ku damba rasa Tertusuk jari ku tahan jua
Lihat profil lengkap saya