topbella

Jumaat, Ogos 20, 2010

1 tamparan......

Mungkin ini boleh kita jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........

Pengajaran dari satu penampar

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan
3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI"

'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'

pengertian cinta

pengertian cinta menurut al-quran:

-kemahuan untuk berpasangan dalam menikmati keindahan & kelazatan hidup.
-keasyikan & keinginan kepada perkara2 yang disayangi.
-perkongsian,lemulian hati,kasih syang,hormat & ketaatan kepada yang disayangi.
-cinta yang tulen lahir daripada orang beriman yang di cintai Allah sepenuh hati & perasaan,bersikap lemah - lembut & saling kasih mengasihi sesama islam.


pengertian cinta menurut hadis:

-saling menyebarkan salam & ucap selamat.
-memelihara siratulrahim,saling berhubung & ziarah menziarahi.

-cinta kpd Allah & rasulNya & cinta sesama manusia semata2 kerna Allah akan melahirkan kenikmatan spritual @ kelazatan dalam iman.

>dipetik daripada buku psikologi cinta oleh dato' dr. fazilah kamshah.

RENUNGI:sebenar2 cinta

>cinta bukan melemahkan hati,bukan membawa putus asa,bukan menimbulkan tangis tali sedan tapi cinta menghidupkan penghargaan,menempuh onak duri penghidupan.
-HAMKA-

>kebahagian terletak pada kemengan melawan hawa nafsudari kehendaknya yang berlebihan-lebihan.
-Imam Al- Ghazali-

tesirat

Yang Tersirat di Sebalik 4

4 alamat orang cerdik
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain

4 alamat orang beriman
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

4 tanda orang berakal
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

4 alamat orang rendah
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

4 yang menimbulkan cinta
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

4 soal yang membawa keuntungan hidup
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

4 sempurna dengan 4
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

4 mesti dijaga
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

4 macam pencarian
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"

* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

maafkan

Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf. Lunakkan hati dengan renungan ini:

Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.

Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita.

Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata "ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini."

Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'memang patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.

Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.

Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.

RASULLAH S.A.W BERSABDA:

"SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU."

kerna bakhilnya (ikthibar)

Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja
tambahan dari suaminya seorang yang kedekut.
Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya
lalu berjalan ke arah cermin.
"Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil
menunjuk kedalam cermin...
"Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini..
adalah wang saya!"
Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik
dari pejabat dan
melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan.
Lalu ia bertanya kepada isterinya,
"Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?"
Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan
suaminya masuk kebilik.
Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya..
lalu si isteri pun menanggalkan semua
pakaiannya dan berjalan ke depan cermin..
"Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil
menunjuk kedalam cermin...
"Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini
pula adalah kepunyaan penjual satey ini !"

rahmat Allah(kisah benar)

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.
Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.

(Dipetik daripada Arab News, 7 Januari (atau Februari) 1987. )

Wassalam.

Isnin, Ogos 16, 2010

gunung menangis takut tergolong batu api neraka

Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat peristiwa ajaib yang menjadikan hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar."
Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.
Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!"
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."
Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah, maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.
Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendak apakah kamu terhadap unta itu ?"
Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia ?"
Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk.. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isya' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka."
Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.

lelaki dan perempuan

Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila
sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki
berkahwin kena tanggung dosa
sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang
belum berkahwin dan dosa
anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak,
perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
isteri tidak. Walaupun
begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami
bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri
tanpa izin ini. Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggung. Kalau nak
dibayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang
daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat
dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang
dianugerah oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan. Begitulah
kira-kiranya.

Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu
keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak
perlu taat pada
isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah
haid dan nifas
yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang
mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok
dan selamat. Sudah pasti
intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah
bukan? Itulah bandingannya
dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada
suami tetapi lelaki wajib
taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari
bapanya. Bukankah ibu adalah
seorang wanita? Wanita menerima pusaka
kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu
menggunakan hartanya untuk menyara
isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah
payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala
haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan
matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun
ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya
dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya
dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga
melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
sembahyang 5 waktu, puasa di
bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah
tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi
berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

" Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah
yang percaya pada Allah dan
RasulNya. Kalau ada mereka pada suatu
pekerjaan bersama-sama tidaklah
mereka pergi saja (meninggalkan majlis) sebelum
meminta izin kepadanya.
(An-Nur:62) Pada hari itu (hari qiamat) manusia
diberitahu akan segala yang
telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan.

dialah sahabat

Telah puas aku pandang dan perhati sifat dan sikap sahabatku ini.Namun belum pernah ku temui cacat celanya dari dari segi sikap mahu pun perbuatan.Semuanya nampak cantik seperti yang dituntut oleh agama.Malu itu memang pakaian peribadinya.Rendah diri itu perhiasan dirinya.Ilmu itu dihujung bibirnya.Kemewahan bukan kebangaannya.Dia sangatlah serba sederhana namun nampak begitu sempurna dan bersesuaian dengannya walau di mana pun dia berada.Dimajlis orang besar-besar dia tetap nampak sepadan.Dimajlis orang miskin dia tidak nampak perlu dimuliakan.Manisnya akhlak dan kewibawaan dirinya.Dalam zuhud tidak pula dia sampai menghina diri dalam berpakaian dan kehidupan.Sedangkan yang aku tahu dia memang seorang yang teramat zuhud.Zuhud itu merupakan hatinya.

Seperti pesan Alqamah pada puteranya dalam mencari seorang sahabat :

1 )Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu.
2 )Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3 )Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu.
4 )Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik.
5 )Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu , ia akan menghargai dan menyebutnya.
6 )Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu , dia akan menutupnya.
7 )Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya , ia akan mengusahakan.
8 )Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu.
9 )Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan merengankan kesusahanmu.
10 )Jika engkau berkata padanya , nescaya ia akan membenarkanmu.
11 )Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantumu.
12 )Jika antaramu berselisih faham , dia rela mengalah demi kepentingan sebuah persahabatan.

Semua itu ada padanya.Bertuah sungguh aku mendapat sahabat sepertinya.Inilah sahabat sejati , sahabat yang kita berasa senang dengannya dalam urusan keduniaan dan mendapat faedah dalam hal-hal yang berkaitan dengan akhirat.Inilah sahabatku.

Melihat wajahnya mengingatkan aku sentiasa kepada Tuhan.Tidak pernah jemu bila berbicara dengannya kerana kata-katanya adalah ilmu yang dipraktikkan.Cahaya wajahnya terpancar setiap kali dia tersenyum sehingga aku tidak pernah jemu untuk menatapnya.Bahasanya lembut tutur kata juga sopan.Tapi pertemuan kami hanyalah sekali sekala.Ini membuatkan aku sentiasa rindu padanya.Berdepan dengannya terasa sangat kekurangan pada diri ini.Kadang-kadang terasa seperti dia tahu gerak hatiku.Seperti dia kenal benar dengan peribadiku yang banyak berdosa ini.Malunya aku…………..

Sahabatku , sering aku berdoa meminta dan merayu agar ALLAH kekalkan sahabat sepertimu.Aku tidak bersedia untuk kehilanganmu.Hilangmu bererti aku kehilangan sesuatu yang sangat berharga.Sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti walau dengan dunia ini sekali pun.

Saat bermusafir , kau ajar aku menerima hadiah dari ALLAH yang sangat bernilai iaitu solat jamak dan qasar.Dengan hadiah ini , kita ada lebih banyak masa untuk bermunajat kepada ALLAH.Kau tersimpuh sopan mengadap kiblat merintih dosamu agar diampunkan.Air mata keinsafan dan air mata taubat bercucuran membasahi sejadah mengesali nafsu-nafsu yang tidak terkendali.Air mata itulah kelak bakal menyiram api neraka yang siap siaga membakar manusia-manusia yang engkar kepada ALLAH.Sujudmu lama.Sujud seorang hamba hina dihadapan Tuhan yang maha besar dan maha berkuasa.Sujud merendahkan sayap-sayap kebinatangan dan kerakuasan hawa nafsu yang ada dalam jiwa.Jiwa yang tidak henti-henti berjihad menentang hawa nafsu dan sifat kebinatangan yang dihembus oleh syaitan.

Sujud yang melambangkan segenap zahir batin diserahkan sepenuhnya kepada ALLAH agar dibalas mengikut amalan yang setimpal.Dan berharap-harap dosa-dosa yang sengaja atau tidak itu mendapat keampunan.Diakhiri sujud itu dengan zikir.Zikir beralun perlahan memuja muji ALLAH yang esa disamping selawat keatas Rasul yang mulia.Hati yang berkarat hitam seumpama bontot kuali ini perlu dibersihkan.Titik-titik dosa yang setiap hari bertompok tebal dan semakin tebal perlu dikikis.Zikir itulah cuciannya.Setiapkali zikir dialun hilanglah satu titik yang menggelapkan hati.Hati perlu dibersihkan selalu dan kalau boleh setiap detik agar hati itu cepat putih , bersih dan kembali cemerlang.

Sahabat……..banyak yang aku pelajari darimu….

ada apa dengan cinta??

"La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi"

"Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini adalah antara hadis-hadis pendek tetapi banyak memberikan kesan kepada kehidupan manusia seluruhnya sekiranya ia dihayati sepenuhnya.

Cinta itu adalah kasih-sayang. Cinta itu merupakan elemen motivasi yang paling kuat dalam hidup manusia. Orang yang hidup tanpa wujudnya perasaan cinta di dalam dirinya kehidupannya adalah kosong dan sia-sia.

Kalau kita ini pembaca komik-komik kungfu Cina, kita akan dapati seorang hero itu akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan kekasihnya dan orang-orang yang dicintainya. Dengan semangat cinta itu juga dia berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam ilmu persilatan yang dipelajarinya.

Kerana cinta jugalah, kita mendengar kata-kata, "Lautan api sanggup ku renangi demi untuk membuktikan cintaku padamu." atau kata-kata, "Ambillah kapak dan belahlah dadaku ini." Orang yang tidak bercinta tidak akan sanggup mengeluarkan kata-kata yang membunuh diri seperti ini.

Seseorang itu adalah menipu sekiranya mengatakan dirinya tidak memerlukan cinta. Kerana cinta itu satu perasaan luhur anugerah Allah kepada semua hamba-hambanya. Orang yang bercinta merasakan hidupnya berwarna-warni dan sentiasa merasakan keseronokan kerana dilamun perasaan cinta.

Maka alangkah ruginya sekiranya dalam diri kita ini tiada langsung apa yang dinamakan perasaan cinta dan kasih sayang.

Cintanya Nabi saw kepada umatnya tidak pernah padam. Hatta sehingga saat sakaratulmaut pun, Nabi saw masih mengingati umatnya. Nabi begitu kasihkan kita sebagai umatnya sehingga umat akhir zaman ini dimohon diberikan pelbagai nikmat dan rahmat.

Umat terdahulu seperti kaum Aad telah dimusnahkan akibat keengganan mereka tunduk kepada ajaran Nabi Hud a.s, kaum Sadum pula telah diterbalikkan bumi mereka kerana mereka engkar kepada ajaran Nabi Lut a.s, kaum Nabi Nuh pula telah ditenggelamkan semua mereka yang menolak ajaran baginda.

Namun, disebabkan doa Rasulullah, umat akhir zaman ini diberi peluang untuk bertaubat sehingga ke hari Akhirat, malah di dalam bulan Ramadhan, dikurniakan pula satu malam yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Umat akhir zaman ini masih belum dimusnahkan walaupun sudah seribu satu maksiat berleluasa di muka bumi ini.

Cinta para sahabat kepada Rasulullah tiada taranya. Kisah perang Uhud membuktikan tujuh sahabat Nabi termasuh seorang wanita, sanggup mengorbankan nyawanya dengan membentuk perisai bagi melindungi nyawa baginda.

Cinta Saidina Abu Bakr kepada baginda pula, sanggup membiarkan ular mematuk tangannya ketika sama-sama bersembunyi di gua Thur. Cinta Saidina Umar terhadap baginda, hinggakan beliau tidak dapat menerima hakikat pada peringkat awalnya ketika wafatnya Nabi saw, cintanya Saidina Uthman kepada Nabi sehingga beliau sanggup membelanjakan keseluruhan kekayaannya demi perjuangan Islam. Cintanya Saidina Ali, beliau sanggup menggantikan tempat tidur Nabi saw dalam peristiwa hijrah walaupun itu adalah pilihan untuk mati.

Muazzin Rasulullah, Bilal b Rabah terus jatuh sakit dan akhirnya menyusuli kewafatan Nabi saw apabila beliau diberitahu yang Nabi saw telah tiada lagi di muka bumi. Ini semua adalah sebahagian kisah cinta generasi sahabat kepada Nabi saw.

Cinta generasi sahabat sesama mereka pula, juga dinukilkan dalam peristiwa Hijrah. Tanyalah diri kita pada hari ini, siapakah di antara kita yang sanggup menceraikan salah satu dari isteri-isterinya untuk diberikan kepada sahabat yang dicintainya? Tanyalah kepada diri kita, siapakah yang sanggup membahagikan hartanya kepada 2 demi untuk sahabat yang dicintainya?

Sedangkan cinta golongan Muhajirin dan Ansar itu, golongan Ansar sanggup menceraikan satu isteri-isteri mereka untuk menjadi pasangan saudaranya dari golongan Muhajirin. Golongan Ansar sanggup membahagi 2 harta kekayaan mereka demi cinta mereka kepada golongan Muhajirin.

Adakah cinta kita sudah menyamai cinta mereka? Berapa ramai di antara kita yang medermakan barang-barang yang paling disukai untuk diberikan kepada pelarian-pelarian perang yang seagama dengan kita? Adakah baju dan pakaian yang kita dermakan itu pakaian yang buruk dan lusuh ataupun masih cantik dan masih disukai oleh kita sendiri?

Berapa ramaikah yang sanggup memberikan derma sehingga kita sendiri tidak dapat makan untuk sehari? Sedangkan itulah yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat, mendermakan semua rezeki yang mereka dapat pada hari itu kepada golongan yang lebih memerlukan.

Cinta itu suci. Tetapi ia menjadi kotor bila kita sempitkan cinta itu hanya untuk cinta lelaki dan perempuan. Cinta lelaki dan perempuan itu suci sekiranya ianya telah disambung dengan ikatan pernikahan.

Sedangkan cinta itu luas. Cinta kita kepada Allah Yang Maha Pencipta, cinta kepada Rasul, cinta kita kepada ibu bapa dan cinta kita kepada saudara-saudara Islam yang lainnya.

Umat Islam hari ini telah kehilangan cinta dan kuasa cinta. Umat Islam hari ini hanya mengenal cinta yang dicorakkan oleh musuh-musuh Islam iaitu cinta asyik masyuk, iaitu cinta Valentine itulah. Cinta yang dibaluti oleh nafsu yang melesukan.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan membenarkan negerinya menempatkan pengkalan-pengkalan tentera untuk menyerang saudaranya.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan menggunakan undang-undang yang zalim untuk menindas saudaranya itu.

Umat Islam yang cintakan saudaranya akan bangkit menyahut seruan jihad bila saatnya telah tiba.

Tidak menyahut seruan jihad bererti kita tidak cinta kepada Islam. Menghalang seruan jihad menunjukkan kita sudah hilang perasaan cinta itu dalam diri kita. Takut-takut untuk menyokong gerakan jihad menunjukkan kita masih lemah imannya.

Ini semua menunjukkan cinta kita adalah cinta kepada dunia dan takut kepada maut. Tidak pernah memohon untuk mati syahid, bererti kita lebih mencintai neraka dari syurga.

Love is a verb. Maka buktikanlah cinta kita melalui perbuatan. Islam tidak akan tertegak sekiranya perbuatan kita masih tidak berlandaskan syariat.

Islam akan terus tertindas sekiranya kita masih belum memboikot barangan pemodal kapitalis-kapitalis Yahudi.

Islam akan terus dizalimi, sekiranya kita masih belum mahu bergerak dalam gerakan Islam, menyokong dan mengundi parti-parti Islam.

Islam akan terus diperintah, sekiranya ayat-ayat Quran itu hanya tercetak cantik di mushaf-mushaf dan tersusun di rak-rak.

Islam akan makin dipersenda, sekiranya kita masih menyakini kata-kata intelektual kuffar berbanding nasihat para ulama' pewaris nabi.

Islam akan terus berpecah, sekiranya kita masih diselebungi semangat kebangsaan tidak bertempat yang akhirnya menutup usaha membina khilafah yang satu.

Maka didiklah diri kita ini untuk mencintai Islam sepenuh hati kerana hati yang cinta kepada Islam sahaja yang akan terus hidup dan bersemangat untuk memastikan ketuanan Islam akan ditegakkan kembali.

Wallahu'alam.

Jumaat, Ogos 13, 2010

usah di tanya

Usah ditanya
Mengapa hatimu masih ingati aku
Mengapa wajahku bermain dimindamu
Mengapa butir suaraku yang kau rindu
Kerana jawapannya
Aku masih cintakanmu
Aku... sangat merinduimu..
Jadi, kan ku seru namamu
Sepanjang waktu

Agar...
Saat bayu berlalu didepanku
Akan dipungut segala salamku
Lalu disampaikan padamu
Kala kau sedang di ulit lena
Biar diterjah ke dalam mimpimu
Seakan kita bertemu

Biar...
Ku potretkan senyuman paling manis
Untuk ku hiaskan dimatamu
Dan...
Jika kau tanya
Mengapa kau tidak mampu lupakan aku
Kerna aku...
Tidak pernah sesaat berlalu
Cuba untuk melupakanmu
Tak akan lupakanmu...

Antara cinta ilahi dan cinta insani

Kenapa perlu hadirnya cinta insani kpdku saat ku masih mentah menghadapinya,
Kenapa kau temukan aku dgn dia?
Kini aku telah alpa dgn cintanya,
Biar jauh telah ku lari,bayangannya masih menghampiri,
Biar telah ku buang semua tentang dia,
namun masih akrab ku rasai dirinya dgn diriku.
Kenapa aku yang mesti lalui semua ini?
Makin ku baluti luka itu,makin parah ku rasai hirisannya,
Aku cuba menjadi hamba yang diredhaiNya,
namun igauan semalam masih segar bermain dalam kotak fikiranku.
Makin ku cuba teguhkn iman ini,makin banyak dugaan menghampiri.
Knp ku masih x bisa jauh dari angan tentangnya?
Ku ingin melupai ya Allah tapi apa kah hikmahnya hatiku masih menyebut namanya.
Ku tahu cinta teragung adalah cinta padamu ya robbi.
Lemahnya aku hambamu tak bisa ku lari dari cinta duniawi yang kau pinjamkan padaku,
Cinta dan rinduku padanya x kan bisa merentasi kasihmu ya robbi tapi ku lemah…..
Allah..kau destinasiku dan dia ….?

hayati.....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang…..
Tahun ini..tahun ke-2 aku hdp jauh dari keluarga….ku perlu belajar berdikari….telah ku tempuhi segalanya….namun kehendak ilahi untuk menguji aku sebagai seorang hambanya tak pernah bisa ku lari….
Masih segar di ingatku,telatah orang2 yang ku sayangi ketika di rumah.sememangnya kekadang agak menguji kesabaran ku sebagai insan yang masih mencari keteguhan hati yang hakaki,namun kerna teguhnya ikatan cinta dalam sebuah keluarga,ia menjadi rempah kebahagian kami.
Kehidupan keluarga amat ku rasai,adanya ayah sebagai pemimpin,ibu di sisi,tokwan dan tok pelengkap kami serta adik penawar kedukaan.ayah dan mak adalah tempat tok dan tokwan berharap.aku dan adik adalah penyempurna segalanya.
Tapi..hari semakin hari yang di lalui tampak semakin kabur bila mana tokwan pergi buat selamanya meninggalkan kami..ini adalah saat pertama ku rasai kehilangan orng yang ku sayangi dalam kehidupan ini…namun sebagai insan biasa perlu ku relai.
Namun ujianNya tetap x pernah jauh,bertahun tok hilang upaya,sesungguhnya mak adalah seorang menantu dan juga ibu yang paling penyabar dan amat mulia bagi ku.setiap tingkah laku kami sekeluarga di layaninya biar pon penat seharian.namun x pernah dia mengeluh.
Hampir 5 tahun melayani telatah tok,akhirnya dia pergi jua meninggalkan kami di saat orang lain merayakan hari yang paling bahagia buat seluruh umat islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan.,bukan aku x merelainya tapi perginya dalam menyebut namaku di bibir.sebagai seorang cucu yang paling di sayangi dan di belai sejak lahir,sungguh aku terkilan.dia pergi dalam merinduiku,dalam menanti kepulangan ku di sisi.kini rumah ku sunyi dan sepi tanpa kesempurnaan seperti dulu.tak lagi ku rasai hilai tawa yang sebenar.biar tampak tawa tapi itu hanya di bbir.apa yang tersirat di hati biar ia tertanam jauh di dasar hati.
Maafkan aku,Tak dapat ku terus kan coretan untuk malam ini kerna tak bisa lagi ku menahan sebaknya di dada. Ramadhan….datangmu di sambut,pergimu di rindui,pelbagai tersirat di dalamnya,menyusulnya nanti syawal yang mulia,syawal inilah bulan yang benar2 mengujiku….namun akan ku nanti ketibaannya untuk lihat teguhnya imanku….
Ya Allah aku rindu mereka yang telah kau ambil dariku,jangan jadikan aku hamba yang tidak reda atas ketentuanMu,tetapkanlah imanku pada Mu Robbi.
Tempatkanlah orang2 yang ku sayangi ini bersama orang2 yang kau redai.ampuni lah dosa2 yang telah mereka lakukan sepanjang hayat mereka terdahulu.dan Ya Allah kasihanilah ayah dan ibuku,berkati lah mereka,panjangkanlah umur mereka supaya ku bisa membalas budi mereka kpd ku.AMIN …..

Khamis, Ogos 12, 2010

ramadhan penghulu segala bulan


Alhamdulillah sekali lagi tahun ini kita diberikan kesempatan untuk berpuasa sekali lagi dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan atau disebut bulan puasa memang dinanti-nantikan kedatangannya kerana ia dikatakan 'penghulu segala bulan'. Dalam bulan inilah semua orang Islam diwajibkan berpuasa, suatu amalan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah swt.
Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu segala bulan'? Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun.
Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.
Rejab, Sy'aban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab dikatakan bulan milik Allah, Sya'ban milik Nabi Muhammad dan Ramadhan bulan bagi umat Muhammad. Ini bermakna bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini adalah bulan paling istimewa bagi kita umat Nabi Muhammad. Oleh sebab itu gembira menyambut ketibaan Ramadhan sahaja (belum berpuasa lagi) Allah mengharamkan kita dari api neraka. Malang bagi sebahagian daripada kita terlalu gembira menyambut kedatangan awal tahun 1998 sehingga bersekang mata menunggu beramai-ramai ketibaan 1 Januari - 12.00 tengahmalam dengan sukaria tetapi dengan Ramadhan tidak pula disambut begitu rupa. Neraca apakah penilaian yang kita gunakan?
Sepanjang Ramadhan kita berpuasa, menahan anggota dari melakukan perkara yang membatal atau mencederakan puasa. Setiap saat dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Pendek kata kita boleh mendapat pahala sepanjang masa dalam Ramadhan. Ini tidak dapat dilakukan pada bulan-bulan lain dan dalam ibadat-ibadat lain.
Begitu hebatnya tawaran dan anugerah Allah sehinggakan Malaikat Jibril menerangkan kepada Baginda saw bahawa orang yang tidak memperolehi pengampunan dalam bulan ini adalah orang yang betul-betul celaka dan malang. Mudah-mudahan kita semua tidak termasuk di dalam golongan yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan Ramadhan ini.
Jibril mengatakan demikian lantaran amat mudah sekali mendapatkan keampunan Allah dalam bulan ini. Hal ini tidak berlaku dalam bulan-bulan lain. Mereka yang terlalu engkar dan melawan Allah sahaja yang terkecuali dari mendapat keampunan. Pintu kerahmatan ditutup baginya.
Sama-samalah kita memohon keampunan ke hadrat Allah swt sempena Ramadhan tahun 1418 ini semoga kita memperolehi keselamatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Amin. Kita belum pasti akan bertemu dengan Ramadhan tahun 1419. Oleh itu, beribadatlah sebanyak mungkin dengan melakukan segala ketaatan seperti membaca al-Quran, bersedekah dan sebagainya di samping mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
Ya Allah, terimalah amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini. Ampunilah kami sebagaimana Engkau mengampunkan umat terdahulu. Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan ini. Kami sedar sabda rasulmu bahawa mereka yang gembira menyambut Ramadhan, Engkau haramkan dari api neraka. Oleh itu kami memohon sepenuh hati semoga kami juga Engkau jauhkan dari azab neraka. Amin.

selalu yang terjadi........

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY,
mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?


tetapi yg seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak
melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn
praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang
kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia
membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

kenapalah dia cintakan saya ye?

Message: Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah
tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di
sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini
dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa
abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan
sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang
dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi
abang boleh buktikan bahawa abang memang
cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak
abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-
kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan
teman lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh
terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia
berkata Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab
sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang
juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak
Sayang melangkah, di situlah cinta Abang
bersama Sayang!

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan
penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang
beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan
koma. Si suami amat bersedih dan menulis
sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di
hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai
mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika
disebabkan kasih sayang dan ingatan aku
mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku
mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku
mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau
melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya,
seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab
mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan
sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia
tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia
boleh dirasai dalam hati.

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

tangan yang mengoncang dunia

Hawa....
Sadarkah engkau sebelum datangnya sinar islam , kita dizalimi ,hak kita
dicerobohi , kita ditanam hidup - hidup , tiada penghormatan walau secebis
oleh kaum adam , tiada nilai dimata adam ,kita hanya sebagai alat untuk
memuaskan nafsu mereka .
Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam , bila sinar islam berkembang
, derajat kita diangkat , maruah kita terpelihara , kita dihargai dan
dipandang mulia , dan mendapat tempat disisi Allah sehingga tiada sebaik -
baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah .

Wahai Hawa...
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati dalam ajaranNya
Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih ragu dalam
mematuhi perintahNya ?

Wahai Hawa ..
Tangan yang menggoncang buaian boleh menggoncang dunia
Sadarlah hawa kau dapat menggoncangkan dunia dengan melahirkan manusia
yang hebat yakni yang soleh dan solehah
Kau bisa menggegar dunia dengan menjadi istri yang taat serta memberi
dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata
dunia ,

Tapi Hawa...
Jangan sesekali kau coba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu
, dengan ayu wajahmu , dengan lenggok tubuhmu , jangan kau menghentak -
hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu

Jangan Hawa ...
Jangan sesekali coba menarik perhatian kaum adam yang bukan suami .
Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu , karena aku khawatir ia
mengundang kemurkaan dan kebencian Allah .
Dan memberi kegembiraan pada syaitan karena wanita adalah jala syeitan ,
alat yang diekplotasikan oleh syeitan untuk menyesatkan adam .

Hawa ..
Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang soleh begi ibu bapakmu ,
Andai engkau sudah bersuami jadilah istri yang meringankan beban suammimu ,
Andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sampai ia tak gentar
memperjuangkan
ad-adien Allah .

Hawa ...
Andai engkau belum menikah , jangan engkau risau akan jodohmu ,
Ingatlah hawa janji Tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang
baik .
Jangan engkau menggadaikan maruahmu hanya semata - mata karena seorang
lelaki,
Jangan engkau memakai pakaian yang menampakkan yang menampakkan susuk
tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki , karena kau
bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya .

Hawa ..
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
Karena aku khawatir dari mata turun kehati , dari senyuman membawa kesalam
, dari salam cenderung kepada pertemuan ...takut lahirnya nafsu kejahatan
yang menguasai diri .

Hawa ...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita karena keseksiannya .
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya , kemanjaannya
serta kemampuannya menggoncang keimanan mereka

Tetapi Hawa..
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya , pribadinya , dan
ad-diennya .
Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang
bukan muhrimnya , karena ia takut memberi kesempatan pada syeitan untuk
menggodanya
Lelaki yang warak juga tak mau bermain dengan cinta sebabnya dia tahu apa
tujuan dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni PERNIKAHAN

Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu
Jagalah pakaianmu
Jagalah akhlakmu
Kuatkan pendirianmu
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhijiwamu
Biarlah hanya cinta ibu bapakmu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat
dirimu
Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan
membahagiakanmu .

Hawa ..
Cintailah Allah dikala susah dan senang , karena engkau akan memperolehi
cinta dari insan yang juga mencintai Allah .
Cintailah kedua ibubapamu karena kau akan memperolehi keredhaan Ilaahi
Cintailah keluargamu karena tiada cinta selain cinta keluarga ..

Hawa...
Ingatanku yang terakhir . biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat
menggoncangkan dunia dalam mencari keridhoan Ilahi

Suatu saat ada yang harus pergi
Suatu saat ada yang akan datang
Mungkin yang pergi takkan kembali
Dan mungkin yang datang hanya sebentar .....

untukmu adam

"Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.





Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..... mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu
dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......
"

Rabu, Ogos 11, 2010

seorang gadis

Ada seorang lagi y termenung d jandela memikirkn nasibnya y telah ternoda..
Ibunya telah tiada begitu juga ayahnya..
Mengharungi dunia tanpa pendoman d jiwa
Keliru hatinya antara syurga dan neraka..
Pada siapa harus d pinta secebis rasa dan seulit pasrah..
D akhiratan dirinya y akn bhenti jua..
Bercucuran air mata manangisi dosanya..
Keabadian dia mengarap keampunan tuhannya..
Keteguhan ketabahan mengharugi dunia..
Umurnya msih muda remaja tapi terleka nasib mengaburinya
Masih cintakah diriNYA walaupun dosanya selautan dunia…
Mengapa perlu berasa berjauhan dari y ESA sedangkan Allah sentiasa
merahmati hambanya dan sering tlupa ,leka dan alpa thadapnya..
Pada siapa harus d pinta secebis rasa,seulit abadi..akhir noktah dirinya y akn bhenti jua..
Harapannya subur kembali membukti kasih ilahi..
Syukur dia d temukan jalan kebahagian..
Mengukir ceria..membelah segala kecewa

destinasi cintaku

Cintaku..
Mengapa kau tinggalkan aku..
Tatkala ku memerlukan dakapan hangatmu..
Ku perlu kau sentiasa disisiku..
Menemani aku..
Masih teringat di waktu dulu..
Episod cinta kita bersama..
Kau dan aku bermadu asmara..
Kejinjang pelamin begitu hendaknya..
Kasih sayangmu tiada ganti..
Walaupun telah berjanji mengukir kehidupan bersama..
Apa kan daya..
Jodoh tidak di pihak kita..
Ku sangka diriku tabah untuk berdikari..
Tanpa hadirmu di sisi..
Namun ku sedar..
Rupanya diriku rapuh untuk berdiri..
Kini ku belajar kuatkan hati..
Kuatkan semangat tetapkan tekad..
Kerna kau dan aku telah berjanji..
Tuk mengharung sisa hidup ini..
Walau terpaksa seorang diri..
Ku telah temui cinta sejati..
Cintaku ini cinta teragung..
Cintaku ini cinta terulung..
Kerna ku tahu, Dia sentiasa menemani..
Hidup ini mesti diteruskan..
Walaupun ku sedar kau bukan milikku..
Aku harus berpijak di bumi nyata..
Dekatkan diri pada yang Esa..
Kerna ku tahu cintaku dan cintaNya..
Kan kekal sampai ke syurga..

noktahnya......

Kau bukan milikku, dah ku tahu segalanya…
Namun hati ini dah terukir namamu…
Mana mungkin aku mampu hapuskan
Ukiran namamu dihatiku…
Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu,
Lebih pedih bila tahu kau milik seseorang…
Aku tak mampu lakukan apa-apa…
Hatimu tak mungkin dapat kutakluki…
Aku sedar hati aku milikmu….
Tapi hatimu miliknya…
Jangan hantui hidupku lagi dengan
Bayanganmu…kerna hatiku luluh…
Jangan muncul dalam kotak ingatanku…
Walaupun hidupku bakal bergelap tanpa dirimu…
Tapi biarlah…
Daripada aku terus berendam air mata…
Sesuatu yang bukan milikku…
Takkan pernah jadi milikku…
Selamanya…
Maafkan aku kerana terlalu menyayangi insan
Sepertimu…
Maafkan aku kerana terlalu mengimpikan
Dirimu jadi milikku…
Moga kau bahagia bersamanya…
Selamanya…

Isnin, Ogos 09, 2010

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Sabtu, Ogos 07, 2010

kenapa aku di uji??

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

cinta madinah

harimu!harimu!

Harimu dan harimu..Merupakan kata yang paling indah yang ada dalam kamus kebahagian dan kamus kehidupan bagi mereka yang menginginkan kebahagian..
Dengarkanlah syair yang di lantun kan oleh Tsabit:"jika ekau berada d pagi hari maka jgn tunggu petang hari,jika ekau di petang hari jangan tunggu esok pagi"
sebuah syair mngatakn:"apa y telah blalu tdk akn kmbali,masa depan juga ssuatu y mesteri.kehidupan sebenar adaalh waktu d mana anda beada sekarang"
untuk hari ini,curahkn segala perhatianmu dan usha mu..kerahkan segala kemampuan dan apa y mu miliki..Laksanakan lah solat dengan kusyuk,bacalah al-quran dengan penuh keinsafan,berzikir dgn hati yang hidup,berakhlak yang mulia,rela dgn ketentuan Allah,membantu orang lain,mengambil berat suasana dan kesihatan tubuh dan kegiatan lain yang bermanfaat.
Pada hari yang dirimu jalani sekarang,uruslah waktumu sebaik mungkin.Jadikanlah minit demi minit seolah hitungan tahun dan detik demi setik seolah hitungan bulan.Semailah benih kebaikan,berikanlah nasihat y indah,beristigfarlah dari segala dosa,ingatlah Allah selalu dan bersiaplah untuk perjalanan panjang yang akan mu tempuhi.jika demikian mampu dirimu lakukan maka akan mu dapati kehidupanmu dipenuhi dgn kesenagan,kebahagian,ketengan dan ketenteraman.
semoga apa y akan drimu lalaui hari ini d bawah perliharan y ESA.ku doakn setiap langkah dan tindakan mu d redai ilahi..semoga jihadmu d sna d bekati Allah.
AMIN..........

bisakah diriku di terima di sisiNya??

UNTUK RENUNGAN SEMUA…
BISAKAH DIRIKU DI TERIMA DI SISINYA….???
Aurat …bkn pkara pntg bgku,walau ku tahu apa erti
dan hukumnya jika tdk menutup aurat.
Pergaulan ….tdk ku peduli apa akibatnya,asal aku punya
Teman2 y bisa ku damping..
Ibu..ayah..Ahh…apa ku kisah,mereka dah tua..
Ini tak kena,itu salah..bosannya…aku ingin hdup cara ku sendiri.
Bestnya tgok kkwan ada teman llaki…
Apa semua dpt..dpt keluar dating..pegang2 tangan..mesranya…
Aku pun nak juga…
Nikmatnya bila dah ada sang pujangga hati..terasa bahagia je hdup ni…semua sanggup d serahkan
d belai setiap masa..Bila berjumpa je adalah phak k3(syaitan)
Ahh…asyiknya dlm pelukan si dia…rasa d sayangi..
Pegangan tgnnya..ciumannya…ahh nikmatnya…
Bila dah tmat study..sorg ke selatan..sorg ke timur..
Saat itu baru ku sedari n rasai sebuah hubgn y sebenar…
X dpt jmp…sentuh…rupa2nya hubgn blandaskn syariat lbh bahagia dan lbh teng brsama…
Dan kerna dosa2 y tlh ku lakukan…hatiku x pnh tng…
Bibirku tersenyum tp hati menangis…balasannya tlh ku rasai d bumi ini..
Bagaimana d sana nnt…aku takut,…
Kini ku tahu hikmah d sebalik ketentuannya…ssungguhnya Allah itu maha mengasihani dan bkuasa…
Sinar iman kmbali menjengah ruang hatiku…
Aku mula mnyedari kelalaian y tlh ku lakukan suatu saat dulu.
Ya Allah menyesalnya aku..malunya x mnutup aurat..
Murahnya ku menjual diriku…
Kini ku bjanji demi cintanya illahi pdku..akn ku perjuangkn..
Akn ku pertahankan semua hny kerna DIA ROBBI…
Akn ku bajai imanku…akn ku baluti auratku dr sgla fitnah.
Namun ku risau adakah aku d terima d sisinya MAHA PENCIPTA...???

Selasa, Ogos 03, 2010

sedih.....

Ku bertemu denganmu ketika dalam perjalanan hidupku.Kita menyulam kasih dan cinta bersama.Setiap hari kita lewati bersama.Kita bermimpi untuk kehidupan yang lebih baik dan kemudian semuanya harus berkhir dengan tragedy.Ku bukakan bagimu semua pintu2 mimpi yang ku miliki.Ku tinggal bersamamu di istana yang indah.
Kemudian istana tersebut hancur lebur.Ku simpan umurku di hatimu.Ku penuhi fikiranku dgn hari2ku.Ku berikan kebahagian di depan matamu.Kemudian semuanya hilang begitu saja tanpa ada sedikit pon usaha yang dapat menahannya.Ku mabuk dgn cintamu,keelokan suaramu,kenikmatan aromamu,tetapi ketika ku membuka mataku,ku tidak melihat dirimu.
Kamu mencuba untuk berpisah tapi tidak boleh.Jika kamu diam,suaramu tetap tergiang di telinga.Jika kamu pergi,bayanganmu masih tersisa di pandangan mata.Ku berusaha memejam mata tapi bayangan mu tetap terlihat.Ku berusaha menyendiri,tapi ku masih mendapatimu.Ku berdiri d depan cermin,kamu masih tetap d depan ku.Ku membaca suratmu lalu ku melihatmuKetika ku kembali ke alam reality ku tidak melihatmu.
Ku satukan kenangan2 di belakangmu.Ku lukiskan wajahmu di atap kamar.Ku berbicara denganmu pada setiap malam seperti orang gila.Ku menempuh jalan menujumu ketika rindu ini muncul.Ku lalu kembali ke perbaringan pada akhir malam lalu ku menangisimu,menangisimu.
Hari raya datang dan ku masih sendiri.Musim bunga dating menjemput,namun ku tetap sendiri.Hujan turun pun ku tetap sendiri.Kerinduan mengetuk pintuku dank u masih sendiri.Umur berlalu dank u masih sendiri.
Ku melihat mu bersama orang lain ketika kita tiba2 bertembung suatu hari di tengah jalan.Tanganmu memegang tangannya dan mu melihat kpku sedangkan mu tidak mengenaliku lagi.Umurku yang berada di belakangmu memanggilmu,tapi kamu tidak mendengarnya.
Ku menulis surat tapi tidak sampai kpdmu.Ku berteriak tapi suaraku tidak kedengaran olehmu.Ku mati dan berita tersebut sampai kpdmu seperti org asing.

Isnin, Ogos 02, 2010

aduhai cinta...cinta milik siapa??

Mengapa ada cinta?
Bicara mengenai CINTA mbawa kita mengenali byk jenis cinta.Ada cinta sorg teruna kpd sang dara,Cinta sorg ibu kpd anaknya,cinta majikan kpd pekerjanya serta mcm2 cinta.Kemuncak cinta ada manusia masuk syurga kernanya,Namun tdk kurg pulak y terjerumus ke neraka gara2 cinta.Lantas cinta y bagaimana dpt menyampaikan sorg umat islam ke syuga?
Kata bjak pandai,cinta letaknya d hati.Walau tdk kelihatan namun getarannya mampu d rasai.Malah,kehebatan cinta bisa terserlah apabila ia mampu menguasai minda & tindakan ssorg.Cinta dpt mengubah pahit menjadi manis.DEk kerna cinta kesulitan pun d rasai sesuatu y indah.Penangan cinta,mustahil mampu bertukar kenyataan.
Kerna cinta ramai jg y merana.sanak saudara,keluarga d tinggalkan demi memburu cinta.Sanggup pula berkorban harta &wang demi menagih sesuatu y d gelar cinta.Akibatnya sorg y waras menjadi gila.Si kaya bertukar miskin,dan y gemuk menjadi kurus…Semuanya adalah kerna cinta.


Dari mana datangnya cinta?

Cinta dtg dr 2 sumber.Antara cinta y d ilhamkan Allah dan juga nafsu.manusia terkeliru utk mengenal pasti punca cinta mereka.Malah ramai terpedaya dgn cinta.Cinta y tdk berlandaskn Allah n syari’at-NYA sering kali mewujudkan pelbagai cinta palsu.Maka,lahirlah d dlmnya,para pencinta dunia,harta dan wanita.
Cinta y bersumberkan nafsu apabila hati kotor,sentiasa melakukan dosa.Lebih teruk tdk mahu pula bertaubat.Apabila hati kotor dgn pelbagai sft tercela berkenaan,maka nafsu mengambil ahli peranan Tuhan.Setiap tindakn y d lakukan serg maengikut kehendak nafsu.
Lelaki apabila jatuh cinta kpd perempuan y mendedahkan kecantikannya akn turut mengalirkan cinta nafsunya.Apabila kecantikan perempuan tdk terlindung maka nafsulah y menjadi raja.
Setelah bertaut 2 cinta y bersumberkan nafsu,kepentingan masing2 akn d zahirkan.Adegan2 bg menzahirkan cinta sdh tdk terlindung lag.Semuanya mahu menyatakn rasa cinta masing2.


Timbul cinta hilang malu.
Malu sudah d buang.bukan sj pd manusia tp jg pa Allah y maha pencipta pon tdk d endahkan.apa saja sgup d lakukan demi mbuktikan cinta kpd pasangan.falsafah cinta nafsu sering saja melulu.cinta nafsu hanya member kebahagian sementara.indahnya tidak bertahan lama.sakit cinta nafsu ini blh membawa kpd keseksaan plg bahaya iaitu neraka kelak.

Sumber cinta Allah.
Cinta y d ilhamkan drpd Allah trus ke hati,itulah cinta y benar lg suci.cintanya tidak d nilai dari matanya sendiri.namun d lirik dr pandangan Allah.syariatNya d ikuti cinta begini hanya bersebabkan Allah.hanya untuk mendapat keredaan Allah.cinta y tdk d selitkan nafsu.cinta ini berasaskan kasih syang tanpa mengira jantina dan umur.

Cinta milik Allah.
Cinta adalah milik Allah kerna Dialah yang merupakan Pencipta segala kecintaan.Kerna cinta-Nya,segala nikmat d sediakan kpd setiap makluknya.Cinta Allah tidak punya sempadan mahupun batasan.Tinggal lagi apakah kita hambanya meghargai cinta-Nya?
Cinta yang paling agung dan berada d kemuncak tertinggi adalah cinta kpd Allah.
Hamba yang memburu cinta Allah tidak akn tunduk kpd sesiapa.segala perintah Allah d turuti dan larangan-Nya segera d jauhi.
Bagaimanapon,cinta memerlukan bukti,lantas Allah menguji sesorang hamba apakah benar cintanya itu.di sini letaknya ukuran kita Berjaya atau tergolong dlm golongan org y tewas dlm menyatakan cinta kpd-Nya.
Bagaimana pula keadaan kt tika Allah menguji betapa dlm cinta kt terhadapnya dgn hny menarik kembali harta atau org y kt kasihi y tlh d berikan selama ini?
Jalan utk memburu cinta Allah telah d tunjukkan kpd kt.siapa lg jika bkn kekasihNya,Rasulullah SAW.Apakah kt mahu memburunya?
Firman Allah:”katakanlah (wahai Muhammad):”jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,nescaya Allah mengasihi kamu.dan (ingatlah),Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani”(surah al-imran:31)
BAGAIMANA DGN DIRI KITA ?MAHU IKUTI SIAPA?NAFSU ATAU RASULNYA?pilihan di tangan kita.

Ahad, Ogos 01, 2010

erti sebuah persahabatan

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

CoReTaN tErKiNi

get this widget here
Daisypath Anniversary tickers

Santapan Minda

Sahabat pembaca,ku kongsikan sisipan ini buat tatapan bersama sebagai pengakhir bicara.Mudah-mudahan ada hikmah yang terpancar untuk renungan kita,insyaAllah.
Kita mula berfikir,mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk di uruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan yang tak kunjung makbulnya.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta,PERCAYALAH...
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di minta pada masa yang sesuai...
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok...
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada yang menyerahkan ketentuan kepadaNya...
Berdoalah wahai semua sahabat seagamaku...
Ingatlah Allah syang kita kerna kita pejuang agamaNya.

Daisypath Friendship tickers
HaWa
Sekumtum mawar berduri Dikelopakmu tertulis lagu Ku susun madah Ku gubah indah Cantikmu tiada mewangi Warnamu sebagai penyeri Mawar berduri… Padamu ku damba rasa Tertusuk jari ku tahan jua
Lihat profil lengkap saya