topbella

Selasa, Januari 07, 2014

Buat dia yang aku sayangi


Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum sahabat yang dirindui semoga kamu sihat dan sentiasa dalam rahmat Ilahi.

Sahabat..
Sesungguhnya diri ini adalah hamba yang penuh noda dunia.
Aku menghina diriku dengan perbuatanku sendiri.

Sahabat.. jujur aku memandangmu mulia walua ku tahu siapa kamu kerna kamu sahabatku. Sungguh.. aku menghormatimu kerna kamu anugerahi terindah buat hidupku.

Sahabat .. aku tidak layak untuk menegur malah menasihatimu apa lagi mengingatkan kamu tentang DIA. Tapi, aku terus memohon pada dirimu yang bergelar sahabat sejatiku, yang selama ini seiring sejalan bersamaku. Aku tak ingin engkau terus terluka dek buaian hasutan halus belain jiwa. Aku tak ingin engkau tersungkur hanya kerna yang bernama   (dia ). Aku mohon engkau terus kuat dan istiqamah dalam perubahan dan pencarian.

Sahabat…
ingat ya, siapa pun kita di masa silam, ia bukan gambaran kita di masa hadapan, jangan sekali pun engkau menyerah kalah untuk berjuang  demi DIA. Ingat.. kita hidup dengan hukum ALLAH, kita melangkah dengan pandangan  ALLAH bukan pandangan manusia yang tidak pernah buta melihat jijiknya saudaranya sendiri.

Buat lah apa engkau mahu, kejarlah apa yang engkau ingin tanpa alpa mengingati betapa PENYAYANG dan PEMURAHnya ALLAH mengasihani dan memberi ampun yang dipinta di setiap langkah yang tersasar.

Moga kita terus utuh mempertahankan IMAN yang di  anugerahkan.



-          Diari hamba   MUHASABAH CINTA ILAHI  

-          Aku juga seperti kamu   -

7/1/14

CoReTaN tErKiNi

get this widget here
Daisypath Anniversary tickers

Santapan Minda

Sahabat pembaca,ku kongsikan sisipan ini buat tatapan bersama sebagai pengakhir bicara.Mudah-mudahan ada hikmah yang terpancar untuk renungan kita,insyaAllah.
Kita mula berfikir,mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk di uruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan yang tak kunjung makbulnya.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta,PERCAYALAH...
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di minta pada masa yang sesuai...
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok...
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada yang menyerahkan ketentuan kepadaNya...
Berdoalah wahai semua sahabat seagamaku...
Ingatlah Allah syang kita kerna kita pejuang agamaNya.

Daisypath Friendship tickers
HaWa
Sekumtum mawar berduri Dikelopakmu tertulis lagu Ku susun madah Ku gubah indah Cantikmu tiada mewangi Warnamu sebagai penyeri Mawar berduri… Padamu ku damba rasa Tertusuk jari ku tahan jua
Lihat profil lengkap saya