topbella

Selasa, Disember 14, 2010

PEMILIK HATI


Mengapa mereka  selalu bertanya tentang kewujudan Tuhan?Apakah Tuhan dengan kuasa-Nya tidak mampu mengubah keadaan mengikut kehendak-Nya sendiri,dengan asas keadaan ciptaan-Nya?Jika itu suatu perkara yang mustahil bagi sifat-Nya,jadi apa maknanya MAHA?Jadi dimana letaknya keadilan?
Bertanyalah  tentang sesuatu yang tak masuk akal,maka nampaknya engkau akan menjadikan dirimu sendiri.
Pertanyaan itu sering bergolak dalam diri Ummara.Gadis betubuh kecil yang gemar berkhayal,matanya bulat seperti bulan purnama,pipinya kemerahan seperti sebiji epal akibat dari cahaya matahari yang selalu menyentuhnya.Dia sudah meneliti beratus-ratus buku untuk mencari jawapan kepada semua pertanyaan itu,tetapi hanya menambahkan kepenatan pada tubuhnya.Kepenatan yang menyelubungi dan perut yang kesakitan kerana dia tidak makan mengikut masa yang di tetapkan.
Dia tak mengerti kenapa ibu begitu rajin bersolat sementara ayah hanya jarang2 mengerjakannya.Mengapa ibu begitu yakin tentang adanya syurga,sedangkan ayah percaya pada penjelmaan semula?Apakah itu bermakna jika hidup kita malang,maka apabila dilahirkan semula hidup kita akan terus malang?
“Fatimah kenapa engkau rajin bersolat?”tanyanya  pada Fatimah pada suatu ketika
“Bersolat membuat aku tenang.”
“mimi bersolat tiga kali sehari  dan ia membuatnya tenang.”
“Alia  tidak bersolat  dan dia tenang.”
“Jadi?”
“Keyakinan yang membuatkan seseorang itu bertenang?”
“Ya        
Keyakinan!Jawapan yang paling mudah bagi pertanyaan yang sukar itu.
Kemudian Ara bersolat walaupun dia tidak berasa yakin.Dia solat seperti ibunya dan berasa tidak seyakin seperti ayahnya.Dia berfikir seperti ayahnya dan berperasaan seperti ibunya.

“Ara,ada jemputan kajian pengajian islam.”berkata kawannya sambil menghulurkan  sehelai kertas mengenai satu kajian.
Ara telah pergi untuk mendengar,menerima dan berusaha memahaminya.Akan tetapi ketika kajian itu sedang berlangsung seperti biasa dan meningkat ke peringkat seterusnya,dia tidak menghadirkan dirinya lagi sebab jiwanya telah berasa ragu.Akan tetapi Ara mampu meyakinkan dirinya  hingga dia berasa sempurna.kukuh.

“Saya tidak sanggup lagi,ustaz.”Satu suara dari belakang tabir berwarna hijau yang tinggi setengah meter.Johari menoleh kearahnya.
(Johari Tahir;Ara mengelarnya lelaki bermata redup,suaranya merdu setiasa dikenali  dan dihayati oleh barisan jemaah perempuan ketika dia mengalunkan azan.)
“Kenapa begitu ?Bukankah tugas ustaz adalah membimbingnya?”suara Johari suram namun masih terus mencatat.Dia sedang mendengar laporan dari para pengajar perempuan.Matanya tidak berganjak dari buku notanya.
“Dia terlalu mengkritik.Pertanyaannya kadangkala keterlaluan.
“Seperti?
“Hmmm  …, misalnya ketika kita menjelaskan takdir dan dia pun bertanya,”jika segala keadaan telah ditentukan oleh Allah dan telah ditulis dalam Luh Mahfuz,jadi untuk apa manusia harus berusaha?
                Johari tersenyum.Sementara para ustaz  di sebalik tabir sabar menunggu.
“Jadi …,jawapan ustaz?
“Saya tidak menjawab.Saya katakan  yang dia boleh bertanya perkara itu.”
Johari menghembuskan nafas,kesal.Tidak menjawab malah melarang.Sesungguhnya agama itu mudah.Mengapa menyulitkan keadaan dengan melarangnya bertanya?
“Kemudian, apa yang terjadi?”
“Hhhmmm …dia pun bertanya,”Apakah Fir’aun yang tubuhnya telah dijadikan mumia di Mesir juga merasakan seksa kubur?”
Johari mengeleng-ngelengkan kepalanya.
“ustaz menjawab…?”
“Ah …saya …,saya tidak dapat menjawabnya.Saya …”Suara itu hampir menangis.
“Siapa nama?”
“Saya?”
“Bukan,tapi anak baru itu.”
“Ooo …”Ada rasa sedikit kecewa .
“Siapa?”
“Ara.Ummara.”
“Cerdik. Akal mampu  mengatasinya.Bayakkan membaca.Semua pertanyaannya  mampu dijawab dengan mudah.”
“Jadi  ….,cepat !kalau ustaz tidak sanggup,saya mintak tolong dari ustazah nanti!Sasaran kita Cuma dia sajakan?Masih ada beberapa  orang lain sepertinya tapi kelihatannya dialah yang paling liar.Kita benar2 memerlukannya.Sebentar  lagi ada  undangan ke dewan besar untuk pembentukan Pengajian Islam.Kita perlukan wakil yang lantang dan cerdik.”
“Aturkan starategi, Ara …pembimbingnya harus diganti.Berikan pada yang lebih senior.Itukan,ada Puan Nana!pernah dulu Ara ada  bertanya tentang hal berkaitan akidah yang tak mampu dijawab.”Johari kelihatan cemas.
“Bagaimana kalu kamu saja Joe?”
“Apaaa?”
“Jadi pembimbingnya.”
Innalillahi …,tak salah pun.”
Mereka ketawa bersama.
Johari bangun dari tempat duduknya,melangkah pergi dan menghembuskan nafas yang tertahan di dadanya tadi.
Mengapa hanya segelintir yang secerdik Rabi’ah Al-Adawiyah?Bisik Johari dalam hatinya.Boleh jadi,mereka telah dikongkong oleh budaya dan tradisi.Islam tidak pernah membezakan jantina  dalam soal pembelajaran,malah para ukhwat  Mukminah di Madinah  adalah dari sekumpulan wanita cerdik yang berani menuntut haknya untuk belajar terus dari Rasulullah S.A.W.Ada yang begitu kuat sehingga meyangkal sepenuhnya pemikiran para feminis bahawa islam itu menindas.Akan tetapi,tradisi memang liat,meracuni pemikiran seperti karat pada besi,mula-mula kecil kemudian membesar dan merebak,terutama bagi orang2 yang jahil.Bagi mereka yang tunduk pada hawa nafsu mereka.

Ara belajar untuk menerima.Juga pada penjelasan para pembimbingnya yang baik hati.Ara belajar tentang agama.Maka,hari2 pun berlalu pergi.Ada perubahan kecil dalam dirinya.
Ara mengumpul  dan membaca banyak buku untuk mencari sesuatu yang  yang ingin diketahuinya mengenai kematian,kehidupan dan tanggungjawab.Malah dia berjumpa kakak-kakak bertudung yang menanti membimbingnya.Dia meminta mereka mengajarnya “a-ba-ta” sebab ternyata dia menemui Tuhan dari huruf-hurufnya.Dia menemui tempat dimana jiwanya tidak terumbang-ambing.Kini,dia memiliki kegemaran baru,menikmati titis air wuduk.
Ummara telah banyak berubah.Dia tidak lagi liar seperti dahulu tetapi lebih bijak.Dalam banyak2 perbincangan yang didengarinya,Ummara lebih banyak memimpin manakala kawan2nya hanya mendengar sahaja.Kini,pakaian yang menjadi pelindung dirinya juga telah menonjolkan ciri2 wanita muslimah yang disayriatkan.Tudung labuh menjadi pelindung dirinya.
Kerana  jemu membekukan hatinya pada titik yang paling dalam,dia akan terpersona pada hadis-hadis yang   terukir  pada masjid di kampusnya.Mengeringkan air matanya agar sesuatu yang masih beku itu mencair,agar kepenatan itu bertukar ghairah.Dia tidak lagi berkeinginan mendapatkan perhatian  lelaki bermata redup itu kerana dia belajar bahawa perkara yang terlampau mengutamakan keinginan itu tidak selalu memberi  ketenangan.Kerana itulah,dia memilih sehelai telekung untuk meredakan jiwanya yang bergelora,dia ingin berdamai dengan hati nuraninya.Dia kembali kepada pemilik hatinya dalam  sujud cintanya.
Sesungguhnya Allah  S.W.T  ITU Maha pengampun lagi Maha mengasihani.Duhai pemilik hati…KASIHMu tak pernah bertepi, RAHMATMu mengunung  tinggi….bila kegirangan  singgah di hati,kesepian berlalu pergi.


14 Disember 2010 ; 3.30 a.m

0 comments:

CoReTaN tErKiNi

get this widget here
Daisypath Anniversary tickers

Santapan Minda

Sahabat pembaca,ku kongsikan sisipan ini buat tatapan bersama sebagai pengakhir bicara.Mudah-mudahan ada hikmah yang terpancar untuk renungan kita,insyaAllah.
Kita mula berfikir,mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk di uruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan yang tak kunjung makbulnya.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta,PERCAYALAH...
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di minta pada masa yang sesuai...
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok...
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada yang menyerahkan ketentuan kepadaNya...
Berdoalah wahai semua sahabat seagamaku...
Ingatlah Allah syang kita kerna kita pejuang agamaNya.

Daisypath Friendship tickers
HaWa
Sekumtum mawar berduri Dikelopakmu tertulis lagu Ku susun madah Ku gubah indah Cantikmu tiada mewangi Warnamu sebagai penyeri Mawar berduri… Padamu ku damba rasa Tertusuk jari ku tahan jua
Lihat profil lengkap saya