topbella

Rabu, September 29, 2010

siapakah kita?

siapakah orang yang lebih mulia dari mereka yag tidak pernah lupa janji Allah,adalah kepastian & nikmat syurga itu adalah indah...
marilah sama2 kita berusaha menujunya,sama2lah kita menilai & mengkaji semula siapakah kita sebenarnya?dalam golongan manakah kita berada?
masih belum terlambat lagi sekiranya kita ingin kembali memilih jalan yang lurus ke arahnya...

Allah berfirma Dalam surah Al An'aam :71
maksudnya:
Katakanlah: "Apakah kita akan menyeru selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan kemanfaatan kepada kita dan tidak (pula) mendatangkan kemudharatan kepada kita dan (apakah) kita akan kembali ke belakang, sesudah Allah memberi petunjuk kepada kita, seperti orang yang telah disesatkan oleh syaitan di hutan rimba yang menakutkan; dalam keadaan bingung, dia mempunyai kawan-kawan yang memanggilnya kepada jalan yang lurus (dengan mengatakan): "Marilah ikuti kami." Katakanlah:"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya) petunjuk; dan kita disuruh agar menyerahkan diri kepada Tuhan semesta alam,


siapakah orang yang sombong?
orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin,Tuhan sekalian Alam.Maka bertasbihlah segala yang ada di langit dan bumi pada tuhannya kecuali manusia yang sombong diri.

siapakah orang yang telah mati hatinya?
orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat2 quran,hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan didalam jiwa untuk bertaubat.

siapakah orng yang dunggu kepala otaknya?
orang yang dunggu kepala otaknya ialah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi meyangka bahawa tuhan tidak akan menyeksa dengan kelalalainnya itu dan kemaksiatannya.

siapakah orang yang kuat?
orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan marahnya ketika ia dalam kemarahan.

siapakah orang yang lemah?
orang yang lemah ialah orang yang melihat kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikitpun menunjukkan kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

siapakah orang yang bakhil?
orang yang bakhil lagi kedekut ialah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasullah s.a.w.

siapakah orang yang buta?
orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan Al-Quran dan tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya.

siapakah orang tuli?
orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak di endahkan.

siapakah orang yang sibuk?
orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


siapakah orany manis senyumannya?
orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata"inna lillahi wainna illaihi rajiuun."lalu sambil berkata ,"Ya Rabbi Aku redha dgn ketentuanMu ini,"sambil mengukir senyuman.


siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.

siapakah orang yang kaya?
orang yang kaya adalah orang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara.

siapakah orang yang miskin?
orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sebaliknya sentiasa menumpuk-numpukkan hartanya.

siapakah orang yang pandai?
orang yang pandai ialah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

siapakah orang yang bodoh?
orang yang bodoh ialah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya di abaikan.

siapkah orang yang maju dalam hidupnya?
orang yang maju dalam hidupnya adalah orang2 yang sentiasa mempertingkatkan ilmu di dadanya.

siapakah orang yang mundur hidupnya?
orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

siapakah orang yang gila itu?
orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat sahaja yang memperbolehkan akan sesorang itu meninggalkan solat,1:haid.2:ketika ia tidak siuman akalnya.

siapakah orang yang rugi?
orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal soleh.

siapakah orang yang selalu di tipu?
orang yang selalu di tipu ialah orang muda yang meyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

siapakah orang yang paling cantik?
orang yang paling cantik ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal kebaikan.kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi sempit?
orang yang mepunya rumah yang sempit ialah orang yang mati yang tidak membawa amal2
kebaikan lalu kuburnya akan menghimpit.

siapakah orang yang mempunyai akal?
orang yang mempunyai akal ialah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


SETIAP INSAN DI MUKA BUMI INI TIDAK AKAN PERNAH TERLEPAS DARI MELAKUKAN KESILAPAN DALAM KEHIDUPANNYA.WALAUPUN DENGAN SEDAR ATAU TIDAK,ITULAH HAKIKAT SEORANG INSAN CIPTAAN ILAHI..
ALLAH BERFIRMAN:
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah".(AL HADIID:2)

MEREKA YANG TIDAK MENGETAHUI AKAN TAHU DAN MEREKA YANG LALAI AKAN TERSEDAR.SUNGGUH PENA YANG DI GUNAKAN UNTUK MENULIS KETENTUAN SUDAH KERING,BUKU KETETAPAN SUDAH DIANGKATKAN,SEGALA SESUATU TELAH DIPUTUSKAN DAN TAKDIR MASING2 TELAH DI TENTUKAN.

0 comments:

CoReTaN tErKiNi

get this widget here
Daisypath Anniversary tickers

Santapan Minda

Sahabat pembaca,ku kongsikan sisipan ini buat tatapan bersama sebagai pengakhir bicara.Mudah-mudahan ada hikmah yang terpancar untuk renungan kita,insyaAllah.
Kita mula berfikir,mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk di uruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan yang tak kunjung makbulnya.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta,PERCAYALAH...
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di minta pada masa yang sesuai...
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok...
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada yang menyerahkan ketentuan kepadaNya...
Berdoalah wahai semua sahabat seagamaku...
Ingatlah Allah syang kita kerna kita pejuang agamaNya.

Daisypath Friendship tickers
HaWa
Sekumtum mawar berduri Dikelopakmu tertulis lagu Ku susun madah Ku gubah indah Cantikmu tiada mewangi Warnamu sebagai penyeri Mawar berduri… Padamu ku damba rasa Tertusuk jari ku tahan jua
Lihat profil lengkap saya