topbella

Sabtu, September 04, 2010

bicara hati

Kian lama terpenjara mencari makna cinta dalam ungkap kata bersulam dusta.Bila gerbang rahmat terbuka menjelma cinta suci sehalus sutera kasih terbentanglah,tersingkap kebenaran,terlerailah terbenam kepalsuan.TUHAN pada –MU ada kedamaian,di ribaan-MU kebahagian,tiada lagi kesangsian hati cinta-MU cinta tulus suci murni kasih-MU nan abadi bertautlah bertambah cinta mengharum dalam kalbu……..
Bukan ku pinta untuk jatuh cinta.Mungkin 1 ketentuan bahawa kita memang telah di jodohkan.Aku takut kehilangan teman yang aku sayang dan kehadiran kau memang tepat pada masanya.
Aku tidak pasti sebenarnya!adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?
Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain,kau dan aku bersatu!jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan hubungan iniakhirnya telah mehanyutkan kita deangan perasaan sayang anugerah TUHAN.Aku Berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar.
Tetapi,mengapa mesti berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita ?
Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan?Jadi….janganlah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu.

Sebelum kau pergi pandanglah aku di sini,Kerana mungkin terjadi kita tak bersua lagi….

Pulanglah! Kerana hanya kau yang ku rindu….

0 comments:

CoReTaN tErKiNi

get this widget here
Daisypath Anniversary tickers

Santapan Minda

Sahabat pembaca,ku kongsikan sisipan ini buat tatapan bersama sebagai pengakhir bicara.Mudah-mudahan ada hikmah yang terpancar untuk renungan kita,insyaAllah.
Kita mula berfikir,mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk di uruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan yang tak kunjung makbulnya.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta,PERCAYALAH...
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di minta pada masa yang sesuai...
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok...
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada yang menyerahkan ketentuan kepadaNya...
Berdoalah wahai semua sahabat seagamaku...
Ingatlah Allah syang kita kerna kita pejuang agamaNya.

Daisypath Friendship tickers
HaWa
Sekumtum mawar berduri Dikelopakmu tertulis lagu Ku susun madah Ku gubah indah Cantikmu tiada mewangi Warnamu sebagai penyeri Mawar berduri… Padamu ku damba rasa Tertusuk jari ku tahan jua
Lihat profil lengkap saya