WARISAN IBU
Hati ibu mana yang rela jauh dari anaknya, sedangkan 1 jam keluar dari rumah untuk ke pekan , handfon sudah berdering menanyakan..inikan pulak ingin melepaskan seorang anak merantau jauh dari pandangan dan hanya punya suatu masa tertentu untuk pulang, namun ibu,, hatimu sungguh kuat dan tabah,,, tiada air mata menitis mengiringi pemergian anakmu kerna kau tahu anakmu pergi untuk berjuang menuntut ilmu, walaupun bibirmu pernah meluahkan:
"ibu tak rela kau pergi jauh dari ibu, tapi ibu redha untuk masa depanmu anak"
19/3/14- 10.20AM
Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum sahabat yang dirindui
semoga kamu sihat dan sentiasa dalam rahmat Ilahi.
Sahabat..
Sesungguhnya diri ini adalah hamba yang
penuh noda dunia.
Aku menghina diriku dengan perbuatanku
sendiri.
Sahabat.. jujur aku memandangmu mulia
walua ku tahu siapa kamu kerna kamu sahabatku. Sungguh.. aku menghormatimu kerna
kamu anugerahi terindah buat hidupku.
Sahabat .. aku tidak layak untuk menegur
malah menasihatimu apa lagi mengingatkan kamu tentang DIA. Tapi, aku terus
memohon pada dirimu yang bergelar sahabat sejatiku, yang selama ini seiring
sejalan bersamaku. Aku tak ingin engkau terus terluka dek buaian hasutan halus
belain jiwa. Aku tak ingin engkau tersungkur hanya kerna yang bernama (dia ).
Aku mohon engkau terus kuat dan istiqamah dalam perubahan dan pencarian.
Sahabat…
ingat ya, siapa pun kita di masa silam,
ia bukan gambaran kita di masa hadapan, jangan sekali pun engkau menyerah kalah
untuk berjuang demi DIA. Ingat.. kita
hidup dengan hukum ALLAH, kita melangkah dengan pandangan ALLAH bukan pandangan manusia yang tidak
pernah buta melihat jijiknya saudaranya sendiri.
Buat lah apa engkau mahu, kejarlah apa
yang engkau ingin tanpa alpa mengingati betapa PENYAYANG dan PEMURAHnya ALLAH
mengasihani dan memberi ampun yang dipinta di setiap langkah yang tersasar.
Moga kita terus utuh mempertahankan IMAN
yang di anugerahkan.
-
Diari hamba MUHASABAH CINTA ILAHI
-
Aku juga seperti kamu -
7/1/14
Santapan Minda
Sahabat pembaca,ku kongsikan sisipan ini buat tatapan bersama sebagai pengakhir bicara.Mudah-mudahan ada hikmah yang terpancar untuk renungan kita,insyaAllah.
Kita mula berfikir,mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk di uruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan yang tak kunjung makbulnya.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta,PERCAYALAH...
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di minta pada masa yang sesuai...
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok...
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada yang menyerahkan ketentuan kepadaNya...
Berdoalah wahai semua sahabat seagamaku...
Ingatlah Allah syang kita kerna kita pejuang agamaNya.