topbella

Rabu, April 04, 2012

Ya allah bukan niatku untuk membuatnya terluka
Bukan ku pinta untuk jadi sekejam ini
Bukan aku mintak untuk dirinya sentiasa d sampingku kerna ku juga tahu dirinya juga perlukan masa bersama teman dan untuk menyiapkan dirinya mengambilku sebagai bidadarinya  nanti..
Tapi ya allah aku dah cuba melawan bisikan syaitan ini…namun aku juga hambamu y banyak melakukan dosa,Sesungguhnya noda y telah ku lakukan sering kali megangguku.
Aku tahu ya Allah Engkau Maha Penerima taubat hambamu y insaf.
Ya Allah sesungguhnya Engkau amat mengetahui apa y tersirat d hati kecil hambamu ini..
Aku tak tahu bagaimana ingin ku luahkan padanya agar dia tidak terguris…
Aku ingin membuatnya bahagia..aku ingin dia hanya merasa kemanisan dan indahnya bersamaku..
Tapi ya allah apa perlu ku lakukan untuk semu ini terjadi..
Aku amat bersyukur…kerna MU ya allah aku mengenalinya..dan kernaMu juga kami memperolehi restu mak dan ayah kami…
Ya allah aku tak mampu untuk membuat dia terus tersenyum bersamaku,bantulah lah aku ya ALLAH.Aku amat menyayanginya…CINTA ku hanya untukMU ya allah,,dan SAYANG  y Engkau anugerahkan ini telah ku serahkan pada dia…bantulah kami ya allah untuk menjadi pendamping yang halal  dengan jalan y Engkau redai tanpa muslihat y tidak kami mampu tempuhi,
Ya Allah tolang jaga dia untukku..
_Maafkandiriku_
4/4/2012 ; 4:22PM

Selasa, April 03, 2012

Sahabat,
Sebenarnya dalam diam aku menyanjungimu,Semangat,nasihat dan pesananmu tetap tersemat di hati,Segala pemberianmu menjadi khazanah berharga buatku.Sepanjang kita menempuhi liku kehidupan di kolej,aku dapat melihat betapa gigihnya perjuanganmu dalam mengejar cita2 dan menegakkan syiar islam.
Terima kasih di atas dorongan untuk aku berada di jalan yang benar selama kita menjadi sahabat.Hari2 yang pernah ku lalui bersamamu  tanpaku sedari timbul satu perasaan yang tidak mampu ku hindari.Setiap detik bersama menjadi memori indah dalam hidupku.Aku tidak pasti adakah kau juga berperasaan sedemikian.Namun jauh di sudut hatiku mengatakan gelodak jiwamu sama sepertiku.
Namun aku mengerti mimpiku untuk bertemu dgnmu buat saat dan ketika ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana antara kita terpisah oleh sebuah tembok y cukup tebal.Kau di timur dan aku d utara.Sesungguhnya aku amat mengerti dan reda dgn ketentuaan ini.
Sahabat,
Percayalah walaupun kau tiada d sisi,jiwa dan semangatku akan sentiasa bersamaku dan untuk kali terakhir,izinkan aku menyebut kalimah y tak mampu kuluahkan dihadapanmu selama ini….AKU SAYANG PADAMU…anugerah ini begitu besar bg ku…anugerah kau sebagai sahabatku y selama ini menemani suka dan duka ku…
TERIMA KASIH SAHABAT


3/4/2012

CoReTaN tErKiNi

get this widget here
Daisypath Anniversary tickers

Santapan Minda

Sahabat pembaca,ku kongsikan sisipan ini buat tatapan bersama sebagai pengakhir bicara.Mudah-mudahan ada hikmah yang terpancar untuk renungan kita,insyaAllah.
Kita mula berfikir,mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk di uruskan dan mungkin terlepas pandang akan permintaan yang tak kunjung makbulnya.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul...
Cara Allah sentiasanya cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta,PERCAYALAH...
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di minta pada masa yang sesuai...
Apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita perlu...
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambaNya..
Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...
Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok...
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada yang menyerahkan ketentuan kepadaNya...
Berdoalah wahai semua sahabat seagamaku...
Ingatlah Allah syang kita kerna kita pejuang agamaNya.

Daisypath Friendship tickers
HaWa
Sekumtum mawar berduri Dikelopakmu tertulis lagu Ku susun madah Ku gubah indah Cantikmu tiada mewangi Warnamu sebagai penyeri Mawar berduri… Padamu ku damba rasa Tertusuk jari ku tahan jua
Lihat profil lengkap saya